Wednesday, December 1, 2010

AnaK YanG SoLeH

Nabi Muhammad saw berkata; ”Apabila seorang anak Adam itu mati maka putuslah amalan dia kecuali tiga perkara; ilmu yang memberi manfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah”.

Anak yang soleh

Anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya, mereka ini lebih mahal dari telaga minyak. Kalau mendapat seorang sahaja anak yang soleh, maka ibubapanya menjadi lebih kaya dari seorang tauke lombong emas ataupun seorang tauke telaga minyak, kerana pulangan yang diterimanya di dunia dan juga di akhirat amatlah lumayan.

Sebelum itu kita kena tanya, adakah anak ini didedahkan ke tempat orang mengajar, tempat orang mengaji ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kalau tidak, bawalah mereka ke tempat mengaji, jangan sampai berpenyakit baru hendak minta air tawar dengan ustaz. Barulah mencari air tawar kerana anak susah untuk solat, susah untuk ke masjid, payah untuk mengaji, sebaliknya degil tidak dengar kata, keluar malam, berperangai tidak baik, derhaka dan sebagainya.

Anak-anak ini tidak pernah terkena doa, kena ilmu, kena ayat Al-Quran, tidak pernah kena hadis Nabi saw, maka menjadi keraslah hati mereka. Lepas itu baru hendak minta air tawar, tak rak, tidak padan nak lawan hati yang sudah keras. Mereka tidak cukup bekalan hidup, tidak cukup bekalan zat makanan dan bekalan rohani. Ibu-bapa perlulah berdoa hari-hari, sebab hati manusia hanya Allah swt yang boleh memberikan hidayah. Kena minta dengan Allah swt supaya diberikan anak yang soleh. Anak yang soleh ialah rezeki kita yang hakiki, rezeki ibu-bapa yang abadi, harta kita yang boleh ditumpang di dunia dan di akhirat nanti.

Oleh itu, sama2lah kita menjadi anak yang soleh terhadap kedua ibubapa kita...Insya Allah semua pihak mendapat manfaat dan kebaikan bersama..


* peringatan untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment