Friday, March 29, 2013

Taman Buaya & Sepilok

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda, kaum kerabat dan keluarga Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Cuti sekolah kali ini aku tidak pulang ke semenanjung..Hanya bercuti dan menghabiskan masa di Sabah. Menimba ilmu dan mencari pengalaman yang belum aku alami sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki yang bermula daripada bondaku di kampung. 

Percutian sekitar Sandakan..lebih tepat sekitar tempat tinggal aku di sini. Kebetulan pada cuti kali ini, sahabat yang mengajar di Samarahan, Sarawak berkunjung ke sini. Aku mengambil peluang untuk membawa beliau bersiar-siar di tempat ini dan sebetulnya aku juga belum melawati tempat-tempat sedemikian..

Taman Buaya Sandakan dan Sepilok..dua tempat yang menjadi antara destinasi kami untuk mencuci mata..Melihat haiwan-haiwan yang jarang-jarang dilihat...buaya, burung unta, rusa (digelar payau oleh orang tempatan), landak, memerang, orang utan dan macam-macam lagi. Percutian kali ini lebih meriah dengan pemandu arah pada kali ini ialah Ustaz Ahmad Sidqi Danial dan keluarga...

Di bawah ini aku sertakan gambar-gambar untuk perkongsian cuci mata sahabat-sahabat dalam menikmati keindahan dan keunikan ciptaan Allah S.W.T..


Seorang petugas di taman buaya sedang 'bermain' dengan buaya yang paling besar di taman buaya ini


Buaya ini makan orang ye...hehe

Comel anak yang baru lahir

Merak..teringat sekolah dahulu...

Kura-kura yang banyak..gambar labi-labi tidak sempat diambil

Ayam...aku teringat kampung halaman

Memerang sedang makan ikan

Ikan yang cantik

Comel......

Sungguh Indah ciptaan Allah










Diq Danial..penulis buku Geng Mengaji bersama isteri dan dua puterinya

Inilah rombongan kami..hehe

Lupa bukak lampu..

Saat yang ditunggu...orang utan pun lapar juga







Dua orang ustaz yang banyak ilmu....Ustaz Ahmad Sidqi dan Ustaz Nuruddin..seorang mengajar di Sabah, seorang lagi mengajar di Sarawak

Aksi tersendiri...

Sempat juga aku bergambar..beberapa tahun tidak berjumpa, di Sandakan jua kami bersua

Tiba saat untuk pulang ke Sarawak..









Baca selanjutnya...

Wednesday, March 20, 2013

Cuti Sekolah...

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Cuti sekolah bakal tiba. Tinggal dua hari saja lagi. Baru sekejap tadi aku berada di lapangan terbang...menghantar rakan serumah pulang ke semenanjung..lebih tepat akan pulang ke Kedah. Pulang dengan keceriaan. Pulang untuk bertunang dengan pilihan keluarga. Tahniah buat sahabat.

Cuti kali ini aku sudah tidak pulang ke kampung. Bercuti sahaja di sini. Ingin juga meneroka tempat yang baru aku jejaki selama setahun lebih ini. 

Dua minggu lepas aku telah pulang. Pulang berjumpa saudara mara. Bak kata ore klate, "kelik jupo worih waroh". Pulang kerana majlis kesyukuran perkahwinan adinda pada 9 Mac 2013. Walaupun hanya pulang dua hari, sudah cukup mengembirakan hati ini. Dapat berjumpa ayahanda dan bonda. Dapat bersua dengan saudara-mara. Berjumpa dengan adik-beradik. Tahniah aku ucapkan buat adinda, Muhammad Nasrun dan pasangannya Zahrah. Bertemu jodoh dengan orang Perak. Gembira saja Tok Wan aku pada hari itu. Dapat bercakap dengan fasihnya loghat Perak. Sudah lama tidak mendengar Tok Wan bercakap longat negeri asalnya. Al-maklumlah beliau orang Teluk Intan, berkahwin dengan orang Kelantan (arwah nenekku), menetap di Kelantan sampai sekarang..hehe



Dua hari lepas, 18 Mac 2013, bersempena juga dengan hari lahir adindaku Nasrun..juga merupakan hari yang dinanti oleh adinda bongsu. Keputusan peperiksaan STPM diumumkan pada hari tersebut. Tahniah buat adinda bongsu. Semoga tahun ini dapat menjejakkan kaki ke universiti...

Rumpai laut...Sabah terkenal dengan rumpai laut. banyak khasiatnya. Namun aku masih belum mencubanya. Hanya membawa pulang 5KG dan diagihkan kepada sanak saudara dua minggu lepas. Mahu cuba kerana banyak khasiatnya.. Madu tualang juga jika kena tempatnya, dapat makan yang original tanpa campuran. Alhamdulillah rezeki aku berada di sini.



Baca selanjutnya...

Tuesday, March 5, 2013

Selamatkah di Sini?

Baca selanjutnya...

Saturday, March 2, 2013

Ingatkah Kita??

Hari ini, pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada The Grand National Assembly, Parlimen kepada Republik Turki yang dibentuk.

Pengisytiharan itu menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, selepas status kepimpinan umat itu berterusan bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq rahiyallahu 'anhu pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam yang wafat pada hari yang sama.

Institusi Khalifah berterusan di era al-Khulafa al-Rashidun, disusuli oleh Bani Umayyah di Syam dan Andalus, Abbasiyyah hingga ke tahun 1258 apabila Baghdad jatuh dalam serangan Moghul. Biar pun ia semakin berubah kepada simbol dan konsep, gelaran Khalifah terus hidup di era Mamluki, Fatimiyyah, malah di Sokoto, Afrika, dan seterusnya Osmanlı.

Demikianlah perjalanan umat yang panjang.

3 Mac 1924 dikenang sebagai salah satu titik terendah dalam jatuh dan bangunnya umat Islam sepanjang zaman.

Berjuanglah kita di medan masing-masing ke arah memenangkan Islam. Bagaimanakah rupa bentuk kemenangan itu nanti? Kembalikah institusi Khilafah seperti sebelumnya? Janganlah kita bertelagah pada menjawab sesuatu yang di luar masa.

Berjuang.

Menangkan Islam.

Rahmatan lil 'Aalameen
by: Hasrizal Abdul Jamil
Baca selanjutnya...