Friday, December 30, 2011

Tahun Baru Disambut, Seruan Allah Diikut

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam surah al-‘Asr:

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya: Demi Masa! (1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – (2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kini kita berada dipenghujung tahun 2011 yang telah mencatat pelbagai kisah suka duka, pahit manis dalam diari kehidupan kita. Peralihan hari, bulan dan tahun meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri manusia samada memberi perubahan positif dengan bertambahnya bekalan akhirat atau meninggalkan kesan negatif dengan menambah bebanan berat dan jijiknya dosa maksiat terhadap Allah. Surah al-‘Asr membayangkan segalanya kepada kita beza yang ketara antara manusia yang rugi dengan manusia yang beruntung dunia akhirat. Imam Syafi’e pernah berpesan bahawa sekiranya manusia berfikir dan memahami mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi untuk dia meletakkan dirinya atas landasan yang betul serta mengelak daripada tergelincir ke lembah kerugian. Begitu juga Ibnu Mas’ud meninggalkan wasiat dengan katanya: “Demi Allah, aku tidak menyesali sesuatu pun seperti penyesalanku terhadap suatu hari yang matahari terbit di dalamnya, di mana ajalku semakin dekat sedangkan amalanku tidak bertambah.”

Dunia ini hanya tempat kita menyemai amalan soleh untuk kita tuai pahalanya di akhirat nanti. Dunia hanya tempat persinggahan untuk mencari bekalan akhirat nanti

أَخَذَ رَسُولُ اللهِ صلی الله عليه و سلم بِمَنْكِبِي فَقَالَ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

Maksudnya : Daripada Ibn Umar r.a., katanya : ” Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ‘ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang lebih banyak diisi dengan program keagamaan sedangkan sambutan tahun baru Masihi biasanya dipenuhi dengan program maksiat terhadap Allah. Apa yang lebih malang program maksiat ini bukan sahaja diberi lesen malah dianjur sendiri oleh pihak kerajaan bagi menambah kerosakan akhlak dan melambak jenayah serta menjemput bala dahsyat daripada Allah. Teguran dan nasihat yang diberi sudah dihirau lagi bila nafsu menguasai diri sebagaimana kata ulama’ bahawa memberi nasihat kepada manusia yang degil seumpama memberi emas berlian yang begitu berharga kepada binatang yang tidak tahu apa-apa nilai barangan kemas tersebut. Apa yang lebih menggerunkan apabila turunnya bala Allah yang dahsyat seperti Tsunami 2004 dan banjir besar barulah pemimpin mula bercakap tentang sambutan tahun baru tidak disambut secara besar-besaran kerana simpati kepada mangsa bala bencana. Ingatlah suatu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

Apa yang lebih malang akibat kejahilan maka lahir lebih ramai manusia yang seronok melawan Allah dan berbangga pula dengan perbuatan keji itu samada melalui percakapan atau menggunakan teknologi maklumat seperti laman sosial facebook, twitter dan lainnya untuk memberitahu dunia tentang maksiat yang telah dilakukan. Mereka tidak sedar mereka telah melakukan dosa besar terhadap Allah dan telah menayang dosa di dunia lagi sebelum ditayangkan semula pada hari yang lebih dahsyat di akhirat kelak yang diikuti dengan seksaan neraka yang begitu ngeri.

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ – متفق عليه

Maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka dosa yang telah ditutup oleh Allah.”


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah al-Nisa, ayat 110-111:

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١١٠﴾وَمَن يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (110)Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

Ingatlah kita antara bahayanya dosa maksiat dicabut cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Tertutup daripada kebenaran sehingga dia tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya. Hilang rasa ghairah terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Pelaku maksiat tidak meng­inginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejeknya. Rasa berat dan payah beramal soleh sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain. Jika dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak dengan tindakan anak yang menyakitkan hati­nya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu. Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat rezeki dan menemui jalan penyelesaian terhadap masalah hidup. Dosa penyebab turunnya bala Allah.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari qiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari qiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari qiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Kedatangan tahun baru 2012 turut mendapat tumpuan apabila timbulnya ramalan bahawa qiamat bakal berlaku pada bulan Disember 2012. Bagi kita yang beriman kepada Allah percaya bahawa qiamat akan berlaku tetapi tarikh tentangnya hanya diketahui oleh Allah sahaja. Apa yang lebih penting sebagaimana saat kematian kita tidak diketahui begitu juga tarikh qiamat maka kita wajib bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh disamping memohon keampunan Allah bukan terjerat dengan ramalam manusia yang tidak beragama. Beberapa negara mengharamkan tayangan filem qiamat 2012 sebelum ini kerana ia boleh menjejaskan aqidah umat Islam malangnya negara kita bukan sahaja tidak sensitif berkenaan masalah ini malah bertambah teruk apabila penapisan filem selepas ini diserahkan kepada penerbit filem yang pasti lebih mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada aqidah dan akhlak umat Islam. Malah ramalan ini turut dibaca oleh setengah pengkaji Islam sebagai tahun 2012 ialah tahun serangan besar-besaran musuh terhadap umat Islam seluruh dunia bagi memastikan cita-cita yahudi untuk menguasai dunia dapat dicapai dalam masa terdekat.

Oleh itu jangan kita disibuk dengan perkara kecil sehingga lupa pada perkara yang lebih besar seperti sibuk berbicara tentang ramalan sesat sedangkan kita lupa kepada ingatan Allah dalam al-Quran dan tanda-tanda qiamat yang pernah diberitahu oleh nabi junjungan. Jangan asyik membincangkan kes kecurian dalam kampung sahaja sehingga lupa kepada isu berbilion wang rakyat dirompak melalui rasuah dan pecah amanah. Jangan tertipu dengan pemberian hanya beratus ringgit sehingga lupa untuk menghukum pemimpin yang menyalahguna berbilion ringgit hasil mahsul negara. Jangan seronok dapat habuan sedikit sedangkan negara sedang digadai sedikit demi sedikit. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, sedar sebelum menyesal

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



SUMBER : http://khutbahkini.wordpress.com
Baca selanjutnya...

Renungan Akhir Tahun 2011

Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMAHAMI dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau tidak MEMAHAMI orang lain

Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau tidak PERCAYA pada dirimu sendiri

Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kepadamu.
Tapi berdukalah kerana dikau masih belum membuat PERSIAPAN

Jangan bersedih bila orang tidak MENGHARGAImu.
Tapi berdukalah kerana dikau tidak MENGHARGAI orang lain

Jangan bersedih bila orang lain MENGHINAmu.
Tapi berdukalah kerana dikau MENGHINA dirimu sendiri

Jangan bersedih jika orang selalu MENGKRITIK dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

Jangan bersedih jika dirimu selalu JATUH.
Tapi berdukalah kerana dikau tidak mahu BANGKIT kembali

Jangan bersedih kerana perjalanan hidupmu penuh PAHIT GETIR.
Tapi berdukalah kerana dikau tak pernah sekalipun belajar dari PENGALAMAN

Baca selanjutnya...

Tuesday, December 27, 2011

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin.

Assalamualaikum wr. wbt..


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" . (An Nuur : 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.

Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.

Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu". (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).


Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.


P/S : Jadi, kenapa ragu-ragu dengan janji Allah?


SUMBER : http://diarihati.com

Baca selanjutnya...

Tuesday, December 20, 2011

Kanser Paru-paru

Assalamualaikum wr. wbt..

Apa khabar iman, apa khabar kesihatan sahabat2 seperjuangan? Moga-moga berada dalam kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Baru sekejap tadi aku menerima mesej daripada senior Perdana UKM memaklumkan bahawa seorang sahabat kami telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3. Untuk makluman, tahap 4 adalah tahap akhir yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Sahabat kami ini merupakan seorang guru yang bertugas di Sabah dan baru selesai melangsungkan perkahwinan pada 6 Disember 2011 yang lepas.

Untuk makluman, beliau kini berulang-alik dari rumahnya di Bachok ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi dan doktor menasihati beliau agar menukarkan rawatan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Aku mohon agar sahabat2 sama2 mendoakan kesejahteraan kesihatan sahabat kami ini (Mohd Faisal Mohd Mokhtar)
Baca selanjutnya...

Sunday, December 18, 2011

Di Kampung...Oversea

Assalamualaikum wr. wbt...

Apa khabar sahabat seperjuangan sekalian? Alhamdulillah, aku baru sampai di rumah sewa pagi ini setelah pulang ke kampung selama lebih kurang lima hari. Selama lima hari di kampung, sempat juga aku mencuri masa sehari pergi 'oversea'..he3.Ini ihsan dari best friend aku lah nie yang ajak pergi melencong ke sana...Kalau xpercaya, meh sama2 tengok gambar2 yang sempat diambil oleh kamera 'paling berkualiti'..(",)



maka sampailah aku di 'oversea'...he3

masuk sini, confirm banyak barang nak beli..(",)

ade ke motor nie kat Malaysia..kecik je

bukti aku berada di oversea..hu3

empat beradik akrab..aku hanya tumpang mereka pergi ke sana..
dari kiri : oh, ngoh, aya, abe (semua nie gelaran mereka adik-beradiklah...)













Kedai pilihan kami berlima ialah di kedai burung dan kedai pakaian. Si adik bongsu kawan aku yang beria-ia ke sana untuk beli burung candik. Si abang dan kakaknya pula mahu beli pakaian. Tiga jam berada di oversea dah memadai untuk kami berlima pulang. Apa yang menarik di oversea ini ialah tambang untuk ke sana dengan menaiki bot hanya RM1 pergi, RM1 balik. Barang-barang di sana dijual dengan harga yang sangat murah. Kualiti baek punyaaa..Bagi yang minat seluar jeans, harga serendah RM20..mana mau cari...tapi, kesian kat aku sebab aku tidak pakai seluar jeans..Tapi seluar track jadi pilihan..(",)

Baca selanjutnya...

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif di Kelantan

KOTA BHARU, 18 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 Disember ini.

Program tersebut sebagai usaha kerajaan membantu rakyat di negeri itu mendapatkan peluang pekerjaan serta pendedahan bagaimana untuk memulakan perniagaan.

Sekurang-kurangnya lebih 3,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dengan penyertaan beberapa syarikat besar.

Program berkenaan akan diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan yakin ekonomi Kelantan akan terus berkembang dalam tempoh lima tahun akan datang dengan adanya penganjuran program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan seperti itu.

Pengarah Jabatan Kerajaan Dan Swasta (JKS) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pihaknya yakin sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk menyediakan 100,000 pekerjaan dalam lima tahun akan datang akan tercapai.

“Dengan ini sekaligus dapat menjawab tohmahan pihak pihak tertentu khususnya Barisan Nasional bahawa Kerajaan Negeri tidak bersungguh sungguh dalam berusaha mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini,”ujarnya dalam satu kenyatan media semalam.

Menurutnya lagi, dengan penyertaan banyak pihak seperti Universiti Lim Kok Wing, Zentrum Future Studies, Zuldesign Autotronics, PROFIMA dan pelbagai pihak lagi dapat menyuburkan industri kreatif di Kelantan seterusnya memesatkan perkembangan ekonomi negeri ini.

“Program ini membuka peluang kepada rakyat Kelantan khususnya anak muda yang berbakat dan kreatif untuk menyalurkan daya inovasi dan kreativiti mereka,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin belia khususnya para graduan yang masin mencari peluang pekerjaan.

SUMBER : HARAKAHDAILY
Baca selanjutnya...

Saturday, December 10, 2011

Gerhana BULAN Penuh MALAM ini

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

SUMBER : HARAKAHDAILY
Baca selanjutnya...

Sunday, December 4, 2011

Terima Kasih SEMUA

Assalamualaikum wr. wbt...

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan limpah kurnianya doa2 yang kami mohon pada-Mu senantiasa dimakbulkan. Alhamdulillah... 'Kami' di sini merujuk kepada doa2 dari diriku sendiri, sahabat2, para ibubapa dan semuanya yang senantiasa mendoakan agar rezeki di jalan Allah senantiasa ada buat kami





Post kali ini aku tujukan khas buat para sahabat yang senantiasa mendoakan aku. Aku percaya dengan doa2 daripada merekalah aku semakin mengecapi kebahagiaan bergelar pendidik budak2..he3. Tinggal cuma selangkah untuk aku memungkinkan hasrat dan hajat yang telah sekian lama ini. Alhamdulillah.


Ramai di kalangan sahabat2 yang mempersoalkan kenapa dipilih untuk menjadi seorang guru sekolah sedangkan pekerjaan sekarang lebih tinggi darjatnya. ITU KATA MEREKA. Tidak kiralah sama ada dalam nada bergurau atau mempersendakan aku, aku tidak pula fikirkan. Cumanya jika persoalan itu diajukan kepadaku, hanya senyuman dan diam sahaja yang mampu aku terjemahkan. Bukan tiada jawapan terhadap persoalan tersebut, tetapi jawapannya untuk diriku sendiri sahaja.





Beberapa orang sahabat juga mengingatkan aku, buatlah apa yang aku mahu, asalkan niat aku untuk melakukan apa2 pekerjaan tidak lari dan tidak terpesong, iaitu lillahi taala. Insya Allah niat ini tidak pernah dan tidak akan terpesong dalam diriku.

Selangkah untuk memasuki alam tersebut, timbul pula rasa bimbang dan resah. Mana tidaknya, aku telah tinggalkan bidang tersebut dekat dua tahun. Dan untuk menghangat dan mengelokkannya kembali perlu mengambil masa.

Selangkah tersebut jugalah bukan perkara yang senang. Jika silap perkiraan, sebelah kaki akan terkeluar, bukannya akan terus masuk ke dalam.





Khas aku tujukan buat para sahabat yang senantiasa menyokong aku sama ada sahabat2 sepermainan, sahabat2 blogger, sahabat2 seperjuangan dan semua yang menyokong dari sebalik tabir....






SAHABAT DUNIA AKHIRAT


sahabat
akhlak yang baik dikau miliki
budi pekerti yang tinggi dikau punyai
amalan mulia dikau tunjuki

sahabat
tiada celaan daripadamu
tiada hinaan daripadamu
daku senantiasa tersilap dalam tingkah laku
namun dirimu senantiasa memaafiku


sahabat

dikau senantiasa bertanyakan masalah
dikau senantiasa ada tikaku resah

selalu menghubungiku tikaku gelisah

alhamdulillah selesai masalah

sahabat

dirimu berkata jangan cepat mengalah dalam kehidupan
dirimu mendorongku terus mencapai kejayaan
terima kasih sahabat aku ucapkan
kerna sokongan dan juga dorongan



Baca selanjutnya...

Saturday, December 3, 2011

Doa Yang Tidak Diperkenankan


Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda : Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(al-Mukminun:51) Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.


Huraian Hadith:

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

4. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya : Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

Sumber : JAKIM
Baca selanjutnya...

JANGAN SALAH ASUHAN


Hadith:
Dari Abdullah bin ˜Amr bin ˜Ash, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: Daripada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya. Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.


Huraian Hadith:
Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa. Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan. Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang. Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan. Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.
Baca selanjutnya...