Thursday, October 31, 2013

Karnival Usahawan Sekolah SK GAS

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam yang sama-sama menyebarkan syiar Islam ke serata dunia.

Alhamdulillah, hari Jumaat nan indah. Penghulu segala hari. Kelmarin, 31.10.2013 telah berlangsungnya Karnival Usahawan Sekolah di sekolah tempat aku mengajar. Karnival ini merupakan julung kalinya diadakan di sekolah ini. Karnival ini juga merupakan Program Pasca UPSR bagi murid-murid tahun enam di sekolah ini yang telah diatur oleh guru tahun enam.


Murid-murid yang berniaga..guru hanya memantau
Guru Besar SK Gas (berbaju batik) turun padang melawat gerai jualan
Ketua Pelajar(berbaju ungu) juga mengambil peluang berniaga
Kek coklat sedaaaap...
Jam 7.15 pagi, beginilah suasananya
Hasil kerja murid-murid tahun enam
Big Book juga merupakan hasil kerja murid tahun enam
badan NGO yang turut serta
Jabatan Penjara Sandakan
Cikgu Jainul menguruskan PA Sistem di dalam dewan
Gelagat murid-murid di dalam dewan






Cikgu Hanif..laris burgernya

Acara yang paling mendapat sambutan di kalangan murid-murid SK Gas pada hari tersebut


Program derma darah turut diadakan
Suasana yang meriah dengan sambutan daripada murid-murid dan ibubapa
Pameran daripada Jabatan Penjara Sandakan


Gari dan Tali gantung turut dipamerkan

Baca selanjutnya...

Sunday, October 27, 2013

Penantian..

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda, kaum keluarga Baginda dan seluruh umat Islam yang sama-sama menyebarkan syiar Islam ke seluruh muka bumi ini.

Belanjawan 2014 telah dibentangkan beberapa hari yang lalu. Pelbagai reaksi dapat dilihat daripada rakyat di Malaysia ini. Namun pada kali ini aku bukan ingin merungkai dan memanjangkan lagi berkaitan dengan belanjawan yang telah dibentangkan itu kerana ia telah berlalu dan pelaksanaannya bakal berlaku dan mungkin juga hanya sekadar pembentangan oleh kerajaan Malaysia. Sama-samalah kita lihat..

Hari persekolahan bakal berakhir beberapa minggu sahaja lagi. Keputusan UPSR juga bakal diumumkan sedikit masa lagi. Murid-murid tahun enam semestinya menanti detik keputusan peperiksaan mereka diumum dan dikeluarkan. Aku melihat gelagat murid-murid di sekolah tempat aku mengajar ini. Gelagat murid-murid tahun enam. Mereka seperti biasa dengan rutih harian yang biasa dan kehidupan yang biasa. Tiada yang luar biasa jika diperhatikan gelagat dan kelakuan mereka. Ada beberapa orang murid sahaja yang menanti-nanti keputusan UPSR. 

Ada di kalangan mereka yang berhasrat menyambung persekolahan di SMK Agama di sekitar Sabah, ada yang mahu meneruskan persekolahan di MRSM, ada yang mahu bersekolah di sekolah sekitar Sandakan dan ada juga yang tidak mahu bersekolah. Alasan yang diberikan hampir sama dengan sekolah dahulu. "Aku mahu menolong mamaku kerja" , "Aku mau ikut abangku kerja di semenanjung", "Keluargaku tiada wang" dan beberapa sebab lain yang mereka berikan apabila aku bertanya kenapa mereka tidak mahu bersekolah. Bagi aku, tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa mereka sendiri. Mereka harus peka dengan situasi dan keadaan semasa yang mana memerlukan pendidikan yang berpanjangan terhadap setiap orang. Hanya berdoa yang mampu aku buat, agar murid-muridku di sekolah ini mendapat pendidikan yang sepatutnya dengan usia mereka.








Baca selanjutnya...

Tuesday, October 15, 2013

Hari Raya Eidul Adha

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda, kaum kerabat Baginda dan seluruh umat Islam yang sama-sama  menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. 

Kita baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Aidil Adha atau dengan nama lain ialah Hari Raya Korban, Hari Raya Haji dan pelbagai nama lain lagi. Namun itu semua bukanlah perkara yang penting kerana apa yang penting adalah sejauh mana kita menghayati erti sebenar pengorbanan. 


Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut aku menyambut Eidul Adha di Sabah. Suasana pada tahun ini bagi aku adalah amat baik kerana sambutan eidul adha ini disambut dengan lebih meriah pada pengamatan aku. Jika tahun lepas, tidak banyak masyarakat di sini mengadakan korban, namun berbeza dengan tahun ini di mana pada tahun ini ibadah korban dilakukan dengan meriah. Jumlah lembu dan kerbau yang dikorbankan juga bertambah. Moga-moga Allah S.W.T. memberikan ganjaran kepada mereka yang melakukan ibadah korban.

Pagi kelmarin, aku dan rakan-rakan serumah telah menunaikan solat hari raya di Masjid Nursyakirin di Sandakan. Usai menunaikan solat sunat, perhatian aku teralih kepada seorang kanak-kanak yang berada di hadapanku. Kanak-kanak ini berusia sekitar 6 atau 7 tahun. Dia bersama dengan bapanya. Aku melihat kanak-kanak tersebut memegang duit kertas RM1 sebanyak dua keping. Dalam fikiranku, duit tersebut adalah duit raya daripada bapa atau ibunya untuk memujuk dia datang solat hari raya. Selang beberapa ketika, datang dua orang petugas berjalan untuk memungut derma masjid sambil berjalan-jalan melintasi kariah masjid. Semakin dekat petugas berkenaan dengan tempat duduk aku, kanak-kanak tersebut lantas mencuit bapanya dan menunjuk-nunjuk ke arah petugas tersebut. Rupa-rupanya kanak-kanak kecil ini diberikan duit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. 

Cara yang sedemikianlah yang patut diajar oleh ibubapa kepada anak-anak. Kaedah mendidik anak-anak dengan cara yang begini secara tidak langsung dapat membiasakan anak-anak dengan amalan menderma dan mendapat pahala dengan cara yang senang. Aku betul-betul kagum dengan bapa kanak-kanak tersebut.




Baca selanjutnya...

Wednesday, October 2, 2013

Ingat Mati

Assalamualaikum wr. wbt....

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

"Saya nak ingatkan,  masa depan kita yang sebenar ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, hendaklah fikir kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat". Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Bila direnung dan diamati kata-kata ulama ini, hati kecil ini lantas terasa seperti ditujukan kata-kata tersebut kepada diriku. Masa depan yang yang sebenar adalah di akhirat. Oleh yang demikian, apa yang perlu dilakukan adalah beribadat dan sentiasa melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini.

Sedetik hati ini tersentak bila terfikirkan tentang akhirat. Ya, untuk menuju kepada akhirat manusia akan melalui kematian. Setiap makhluk di dunia ini akan mati dan tidak terkecuali dengan manusia. Sudah sediakah aku dengan kematian yang bakal aku lalui? Itulah pertanyaan aku setiap hari. Namun begitu, diri ini seakan hanya berfikir sementara dan selepas itu kembali kepada keadaan asal. Ibadat kepada-Nya seperti biasa, kebaikan juga dilakukan dengan biasa, malah senantiasa juga diri ini melakukan kesilapan. 



Jika di bulan Ramadhan, amal ibadat digandakan, keburukan dapat dielakkan dan dibendung. Namun keadaan ekmabali seperti sediakala bila Syawal menjelang. Tidak sedarkan diri ini bahawa kematian tidak menunggu saatnya yang akan tiba entah sekejap lagi, malam ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Sudah semakin singkat masa di bumi Allah ini. Usia yang semakin bertambah menandakan diri ini semakin dekat dengan kematian. Sedarlah hati, insaflah diri, muhasabahlah segala perbuatan selama ini.


















Baca selanjutnya...