Sunday, October 27, 2013

Penantian..

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda, kaum keluarga Baginda dan seluruh umat Islam yang sama-sama menyebarkan syiar Islam ke seluruh muka bumi ini.

Belanjawan 2014 telah dibentangkan beberapa hari yang lalu. Pelbagai reaksi dapat dilihat daripada rakyat di Malaysia ini. Namun pada kali ini aku bukan ingin merungkai dan memanjangkan lagi berkaitan dengan belanjawan yang telah dibentangkan itu kerana ia telah berlalu dan pelaksanaannya bakal berlaku dan mungkin juga hanya sekadar pembentangan oleh kerajaan Malaysia. Sama-samalah kita lihat..

Hari persekolahan bakal berakhir beberapa minggu sahaja lagi. Keputusan UPSR juga bakal diumumkan sedikit masa lagi. Murid-murid tahun enam semestinya menanti detik keputusan peperiksaan mereka diumum dan dikeluarkan. Aku melihat gelagat murid-murid di sekolah tempat aku mengajar ini. Gelagat murid-murid tahun enam. Mereka seperti biasa dengan rutih harian yang biasa dan kehidupan yang biasa. Tiada yang luar biasa jika diperhatikan gelagat dan kelakuan mereka. Ada beberapa orang murid sahaja yang menanti-nanti keputusan UPSR. 

Ada di kalangan mereka yang berhasrat menyambung persekolahan di SMK Agama di sekitar Sabah, ada yang mahu meneruskan persekolahan di MRSM, ada yang mahu bersekolah di sekolah sekitar Sandakan dan ada juga yang tidak mahu bersekolah. Alasan yang diberikan hampir sama dengan sekolah dahulu. "Aku mahu menolong mamaku kerja" , "Aku mau ikut abangku kerja di semenanjung", "Keluargaku tiada wang" dan beberapa sebab lain yang mereka berikan apabila aku bertanya kenapa mereka tidak mahu bersekolah. Bagi aku, tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa mereka sendiri. Mereka harus peka dengan situasi dan keadaan semasa yang mana memerlukan pendidikan yang berpanjangan terhadap setiap orang. Hanya berdoa yang mampu aku buat, agar murid-muridku di sekolah ini mendapat pendidikan yang sepatutnya dengan usia mereka.








No comments:

Post a Comment