Tuesday, May 13, 2014

Aktiviti Murid Sempena Hari Guru

Assalamualaikum wr. wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan  tarikh keramat bagi individu yang bergelar pendidik iaitu guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan macam-macam istilah seperti itu. Hari ini aktiviti murid-murid kelas aku berkisar kepada membuat kad ucapan hari guru. 

Aktiviti ini dilakukan oleh murid tahun Enam Bestari seramai 13 orang bertempat di bilik j-QAF.

Semoga murid-murid ini mengingati segala jasa dan pengorbanan yaang diberikan oleh setiap insan yang bergelar guru.



























Baca selanjutnya...

Sunday, May 4, 2014

Santai bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan Izzat

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Program Santai Bersama Pencetus Ummah Rahmat dan Izzat telah diadakan di Pasar Minggu Bandar Sandakan pada hari Ahad bertarikh 5 Mei 2014. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Dakwah Sandakan. Kehadiran dua daie ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. 

Jelas dapat dilihat, warga Sandakan khususnya amat dahagakan ilmu agama. Kehadiran PU Rahmat dan Izzat yang mempunyai perwatakan pandai berkomunikasi dengan pengunjung yang hadir menyebabkan suasana di tempat program berkenaan kelihatan sangat meriah.

Pada program ini juga, turut diselitkan dengan perkongsian resepi masakan oleh seorang chef daripada Harbal Mall, Sandakan. Semoga program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap. Tahniah dan syabas buat PU Rahmat dan Izzat kerana mesra yang teramat dengan warga Sandakan. Semoga perjalanan dakwah kalian dipermudahkan oleh Allah s.w.t...















Baca selanjutnya...