Wednesday, September 28, 2011

Sedap sokmo...Jeliro Molek...

Assalamualaikum wr. wbt.. 30 Syawal 1432H. Genap sudah Syawal menjelma, Berlalu pergi Ramadhan nan indah. Dalam kegirangan dan keseronokan yang ditempuhi sepanjang bulan Syawal, di Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan Pesta Konvokesyen UKM ke-39 yang telah berlangsung pada 22-27/09/2011 yang lalu. Sepanjang program tersebut berlangsung, adik2ku dari Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA UKM) telah membuka gerai jualan di pesta konvokesyen tersebut. Buat pengetahuan sahabat2, pesta tersebut merupakan kali pertama diterajui oleh pimpinan2 Gabungan Mahasiswa UKM yang memenangi Pililhanraya Kampus yang lalu. Alhamdulillah banyak perubahan yang dilakukan oleh pimpinan GMUKM dalam melaksanakan pesta konvokesyen tersebut. Jika dahulunya banyak hiburan2 yang melaghakan, namun pada kali ini terdapatnya pendekatan2 dan pembaharuan yang lebih islamik dan bertatasusila. TAHNIAH buat kalian..

Jeng jeng jeng..ini sebenarnya apa yang aku ingin kongsikan. GERAI JUALAN anok beghanok Perdana UKM. Mengambil motto "selera anok kelate..sedap sokmo, jeliro molek" yang digunakan oleh pimpinan2 Perdana kali ini, alhamdulillah rezeki gerai jualan adik2 Perdana adalah antara gerai yang paling 'gege' dan paling meriah dengan sambutan dari pembeli. Peneraju gerai adalah dipimpin oleh Saudara Izhar dan saudari Noor Fadhilah merangkap Exco Keusahawanan 1 & 2, serta Saudara Hamdi Husin(Presiden Perdana), dijayakan dengan kesungguhan dan komitmen yang berterusan dari semua exco Perdana UKM.
Bermodalkan modal yang agak besar, disamping rasa takut2 serta ketidakyakinan di kalangan exco, namun sokongan daripada Tun Pres Khairul Anuar Mat Lazim telah meyakinkan adik2 exco pada sesi kali ini untuk meneruskan 'booth Perdana' setelah kali terakhir dijayakan pada tahun 2004.

Menu anok-beghanok pada kali ini adalah nasi kerabu, laksa penang, nasi lemak, burger, jagung bakar, jagung manis, keropok lekor, kerepek, air nyor(kelapa), air jagung dan air sunquick susu. Sambutan yang hebat di hari pertama. Nasi Kerabu dibuat 5kg dan habis dalam masa lebih kurang dua jam jualan..Hari2 seterusnya perniagaan semakin baik dengan nasi kerabu dan air kelapa menjadi pilihan pengunjung. Buah kelapa diambil dari Sabak Bernam sebanyak 350 biji dan ditambah setiap 100 biji pada hari keempat dan kelima menjadikan jumlah keseluruhan 550 biji. Jagung pula dibawa 'fresh' dari Kelantan.
Mungkin tidak banyak yang aku dapat kongsikan sepanjang enam hari berada di sana, namun aku percaya bahawa adik2 exco Perdana UKM sesi ini mendapat sesuatu yang bermanfaat melebihi keuntungan dari segi kewangan. insya Allah..

Jutaan terima kasih aku panjatkan kehadrat Allah taala kerana memberi aku ruang untuk sama2 merasai suasana anok-beghanok yang telah lama ditinggalkan. TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat pimpinan saudara Hamdi Husin, Nik Izhar dan Noor Fadhilah selaku Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah kerana telah memberi aku peluang bekerjasama dalam program kali ini. Exco2 yang 38 orang lagi, maaflah xsebut nama sebab ramai sangat. Kalau ada yang tidak disebut nanti terasa hati pulak kan..he3..Jadi abe syuk ucapkan tahniah buat semua adik2 exco Perdana UKM sesi ini.


Ucapan terima kasih aku ucapkan buat mantan2 yang sama2 menjayakan dan memeriahkan gerai Perdana kali ini. Mereka terdiri daripada Abe Syah(mantan setiausaha agung tahun 1998), Khairul Anuar Mat Lazim, Hilman, Halim, Safuan, Syafiq, Nazri, Nuruddin, Khairul Anwar Nawi, Khairul Nizam, Izwan al-Kasirah, Ruhana, Ainon, Nurul Fatin, dan juga mantan2 yang menyokong dari jauh walaupun tidak berkesempatan untuk menjenguk adik2 namun iringan doa telah mereka sertakan.


Apa yang aku perhatikan dan yang aku sendiri dapat daripada gerai anok-beghanok tersebut adalah :


1- Ikatan ukhwah sesama exco disamping antara exco dan mantan2 Perdana yang aku harap sebagai satu permulaan untuk kami sama2 mengenali dengan lebih erat antara anok-beghanok


2- Pengalaman dari segi peluang perniagaan telah dapat dirasai oleh semua exco Perdana sesi ini termasuk oleh mantan2 sama ada yang baru bergraduasi dan yang telah lama bergraduasi.


3- Pengalaman dari segi memasak, membelah kelapa, membakar jagung, merebus jagung manis, membuat burger, bakar ayam dan sebagainya. Bukan senang untuk menyediakan semua makanan2 ini dengan sebahagiannya mungkin baru mengenal "wat kijo dapur".



Perasmian oleh penasihat Perdana UKM : Dari kiri Prof Madya Dr. Mazlan, Hamdi Husin(presiden Perdana), Nik Izhar(Ketua Pengarah)


Prof. bergambar kenang2an bersama sebahagian exco Perdana UKM selepas perasmian


Inilah kelebihan ore klate berniaga..he3
















*pengalaman tidur di booth perdana selama dua malam akan aku kenangkan (",)

Baca selanjutnya...

Thursday, September 22, 2011

Mari belajar melalui KAMUS DEWAN KELANTAN

Assalamualaikum wr. wbt..

'Mood' berniaga semakin meluap-luap dalam diri aku. Alhamdulillah rezeki pada kali ini, aku diberi peluang oleh adik2 Exco2 Persatuan Anak Negeri Kelantan (PERDANA) di UKM untuk sama2 berniaga di gerai mereka sempena Pesta Konvokesyen UKM bermula pada 22 hingga 27 September ini. Terima kasih buat adik2 exco yang sudi memberi peluang kepada ambo dan mantan2 yang lain untuk merasai pengalaman berniaga bersama " Anok Beghanok". Insya Allah aku akan membalas peluang ini dengan keuntungan yang hakiki. Buat mantan2 PERDANA UKM juga diharap dapatlah sama2 kita berkumpul di gerai Perdana nanti. Semoga ukhwah yang terjalin sekian lama dapat dieratkan lagi antara kita.

Sempena dengan aura 'nego dengan anok beghanok' ini yang melekat kuat dalam diri, aku ingin berkongsi 100 perkataan yang digunakan dalam Loghat Klate. Bagi sesiapa yang ingin belajar 'kecek klate' dengan cepat dan mudah, silalah memanfaatkan perkataan2 yaang dikongsikan ini. Insya Allah manfaat bersama.

Mari belajar kamus dewan kelantan.

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

Baca selanjutnya...

Wednesday, September 21, 2011

Sudahkah Kita Bersedia Untuk MATI

Assalamualaikum wr. wbt..

Sambutan Syawal masih lagi dirasai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada masa ini. Hari terbuka saban hari diadakan terutamanya hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Dalam kita bergembira di bulan Syawal ini, kita jangan lupa kepada KEMATIAN. Perkataan mati/meninggal dunia/kembali ke rahmatullah/telah tiada di bumi ini dan apa2 perkataan yang menggambarkan kematian perlulah kita ambil cakna dan ambil perhatian. Kita perlu ingat bahawa setiap yang hidup akan mati, setiap yang bernyawa di dunia ini akan menemui pengakhiran hidupnya.


Tazkirah Sambutan Syawal pada hari ini yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Noor iaitu Director Marketing Twintech menyentuh berkaitan Ramadan yang telah lalu, Syawal yang sedang dirai dan kaitan kedua2nya dengan segala amal yang dilaksanakan oleh kita untuk menemui kematian kelak agar kita ditempatkan di syurga firdausi. Jika di bulan Ramadan, kita dapat memperutukkan masa sepenuhnya untuk beramal ibadat dan bermuhasabah diri serta mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Agung (Allah SWT), namun bagaimanakah amalan kita setelah berlalunya Ramadan. Adakah ibadah yang kita lakukan semakin bertambah atau berkurang??

Entri kali ini aku bawakan adalah kerana terdapatnya dua kematian dalam dua hari berdekatan denganku. Pada 20-09-2011 sekitar jam 7.10 malam, nenek kepada isteri "boss" tempatku bekerja telah kembali ke rahmatullah di Nilai, Negeri Sembilan. Aku yang kebetulan berada di Bangi semasa mendapat berita tersebut telah pergi ke sana(Nilai). "Nenek" tersebut meninggal akibat sakit tua yang mana usianya adalah 92 tahun. Jumaat lepas (16-09-2011), baru sahaja keluarga arwah membuat bacaan yaasin dan doa selamat. Tapi dah takdir dan ketentuan, akhirnya "nenek" dipanggil oleh Yang Esa.

21-09-2011..Diadakan Sambutan Gemilang Syawal di tempat aku bekerja. Majlis bermula sekitar jam 11 pagi telah 'diserikan' dengan pelbagai agenda dan acara. Dalam kemeriahan tersebut, sekitar jam 1.01 tegahari aku mendapat mesej di telefon memaklumkan ayah kepada sahabatku(saudara Zaki bin Jaafar) yang sama2 belajar di ipta dan berorganisasi bersama di persatuan anak negeri telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung.

Dalam masa tidak sampai 24 jam, dua berita kematian yang sampai kepadaku. Jadi, untuk peringatan bersama, khususnya kepada diri sendiri, sama2lah kita mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan melebihkan ibadah, menambahkan pahala, mengosongkan diri daripada melakukan dosa.

Marilah kita sama2 mendoakan kedua-dua mereka yang meninggal ini. Semoga arwah mereka di tempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah
Baca selanjutnya...

Monday, September 19, 2011

Renungan Bersama...

Assalamualaikum wr. wbt..

Sambil2 melayan di "youtube" video2 ilmiah dan ceramah2, aku tertarik dengan video yang disampaikan oleh Habib Ali. Video ini merujuk kepada sesiapa yang ingin bertunang, dan mendirikan rumahtangga. Jom sama2 hayati dan ambil perhatian...(",)


Baca selanjutnya...

Sunday, September 18, 2011

TUJUH PERKARA GANJIL (PENGALAMAN SI PENCURI KAIN KAFAN)

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telah bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Baca selanjutnya...

Kepentingan Mengingati MATI

Hadith:

DARI Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitu maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat".

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu".

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w, (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)".

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Riwayat Abu Sa'id r.a

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Baca selanjutnya...

Monday, September 12, 2011

CanTiKnYa...

Assalamualaikum wr. wbt..Ketenangan amat penting dalam kehidupan seseorang insan. Ketenangan yang dicari akan membuatkan kita dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara dengan baik dan lancar. Bagi mendapatkan ketenangan sama ada ketika mempunyai masalah, ketika fikiran tengah bercelaru atau sebagainya, kita yang mempunyai pegangan agama Islam perlulah mencari ketenangan dengan cara yang betul. Sudah tentunya dalam konteks ini kita perlulah memohon pertolongan dan doa dari Pencipta (Allah SWT).

Di samping itu, terdapat banyak cara untuk kita merehatkan minda daripada bebanan kerja, bebanan masalah dan sebagainya. Bagi aku pula, salah satu cara aku merehatkan minda daripada bebanan kerja yang sememangnya menjadi tanggungjawab aku sebagai pekerja..aku memilih cara menghayati keindahan dan kecantikan ciptaan Allah SWT. Ini juga merupakan antara hobi aku sejak dari sekolah rendah lagi. MELIHAT IKAN2 di dalam akuarium atau tasik ataupun kolam. Pada cuti raya yang lepas, sempat aku pergi ke sebuah kedai yang terletak di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu. Al-kisah dinamakan Jalan Gajah Mati kerana memang ada gajah yang mati di situ pada zaman dahulu kala..he3 Jom sama2 menghayati keindahan ikan2 hiasan ciptaan Yang Esa.



Pandangan secara jauh ikan2 di dalam akuarium




Poster ikan laga. Ini merupakan spesis ikan laga jenis halfmoon. Harganya pada peringkat mula2 timbul mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Namun sekarang ikan2 jenis ini dapat diperolehi serendah harga RM5. (",)


Ikan2 laga diletakkan dalam botol. Setiap botol seekor ikan kerana sifat iakan ini yang suka berlaga.
Sebab itulah dinamakan 'ikan laga'


Ikan laga betina.. Harganya lebih murah berbanding ikan laga jantan.
Di kedai ini harga ikan laga betina adalah RM2

Akuarium ini merupakan akuarium yang paling besar yang terdapat di kedai ini.
Lebarnya dalam lingkungan 16-20 kaki (xsempat nak ukur)



Ikan gupy jantan : Dikenali sebagai 'ikan pikok' di Kelantan.
Senang dibiakkan jika kena teknik dan kaedahnya.


Ikan Molly (spesis ikan gupy). Juga senang dibiakkan.
Terdapat banyak jenis ikan seumpama ini yang tidak sempat diambil gambarnya..




Ikan gupy jantan dan betina yang besar. Jika ikan gupy biasa panjangnya sekitar 3cm, namun ikan gupy jenis besar ini panjangnya mencecah 5.5cm. Harganya juga berbeza dengan gupy biasa. Jika gupy biasa harga jantan adalah 70sen dan RM1 dan yang betina adalah 80sen dan RM1, namun harga gupy besar adalah RM2.50 seekor. Ini harga di Kelantan. Jika di KL, harga ikan gupy biasa pun dah mencecah RM3.50 dan RM4 seekor(merujuk kepada sebuah kedai ikan di sekitar Bandar Sri Damansara)


Nama saintifik ikan ni aku pun xtahu, tapi ia dipanggil ikan pedang disebabkan ekornya seakan akan sebilah pedang. Harga 70sen je..





Ikan Mas@Emas : Ikan yang nampak comel namun sukar dalam proses pemeliharaannya. Ikan ini amat sensitif. Senang mati jika tidak dijaga dengan baik. Harga ikan ini juga ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit kerana ikan mas ini mempunyai banyak jenisnya. Dalam keluarga aku pula, ikam mas hitam menjadi pilihan bonda..(",)



Ikan Flower Horn : Harganya mahal disebabkan permintaan dari peminat2 ikan yang percaya kepada tulisan yang terdapat pada badan ikan ini. Kebanyakan peminat ini adalah dari golongan cina yang mempercayai bahawa tulisan tertentu yang terdapat di badan ikan ini mendatangkan tuah, menolak bahaya dan malapetaka dan sebagainya jika memilikinya. Namun ada juga sesetengah orang melayu yang percaya benda2 seumpama ini...


Ikan kap : Ada yang murah dan ada yang mahal harganya..
Seperti juga ikan mas, ikan kap mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri



Ikan Kaloi : Mempunyai peminat yang tersendiri. Ikan kaloi mempunyai banyak jenis iaitu ikan kaloi sungai(yang terdapat dalam sungai lah), iakn kaloi sabah(harganya antara yang mahal dalam kategori ikan kaloi), ikan kaloi biasa, ikan kaloi mata merah dan sebagainya



Ikan ini aku lupa namanya kerana tidak pernah memeliharanya.
Namun ikan ini amat cantik kerana mempunyai lampu di badannya


Ulat??

Setakat ini perkongsian bagi keindahan dan keunikan serta kecantikan ciptaan Allah SWT. Peringatan bagi sesiapa yang berminat untuk memelihara ikan, anda perlulah mempunyai minat dalam bidang ini kerana ikan juga merupakan makhluk bernyawa ciptaan Yang Esa. Jika tiada minat dalam bidang pemeliharaan ikan hiasan, dibimbangi anda akan mengabaikan pemakanan dan penjagaan ikan.




Baca selanjutnya...

Thursday, September 8, 2011

Alhamdulillah..Da Kawen da..(",)


Assalamualaikum wr. wbt...

Salam Eidulfitri buat sahabat2 seperjuangan. Sepanjang cuti raya nie banyak benar undangan majlis perkahwinan sahabat2. Aku hanya sempat menghadirkan diri ke beberapa majlis sahaja berikutan jalan yang 'jem' di seluruh pelusuk negeri Klate. Tahniah buat sahabat2 yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Di sini aku ada sertakan beberapa keping gambar yang sempat aku pergi ke majlis mereka.

Tiga sahabat : Ustaz Najibullah, Ustaz Asril Hakim dan Ustaz Najib tekun membungkus hadiah untuk sahabat2 yang melangsungkan walimah (",)

Pasangan secocok : Hawaina (Rakan di SMKA Falahiah) dan pasangannya

Pasangan bahagia Ustaz Nasrun dan Ustazah Maizatul Suraya
(kedua2nya adalah rakan di SMKA Falahiah dan UKM)


Subhanallah..background gambar di rumah pengantin perempuan sangat cantik.. Pasangan Ustazah Siti Norasyikin dan pasangan

Ustaz Khairul Anuar Mat Lazim dan pasangannya Ruhana. Kedua-duanya adalah sahabat Exco PERDANA UKM. (Junior ambo nie). Semua dalam gambar ini adalah sahabat2 Exco Perdana Ukm (kecuali berseluar jeans, berbaju melayu purple) yang terdiri daripada Saiful Ahmakamal, Ustaz Asrul Ali, Ustaz Khairul Nizam dan dua sahabat yang terlupa namanya..he3. Mohd Rezduan Zakaria sahabat karib aku selama 13 tahun. Kini bertugas di Hospital di Johor.


Muhamad Ikram(dikenali dengan panggilan abe ngoh di kalangan kami) dan pasangan. Beliau kini bertugas di Universiti Malaysia Kelantan bersama pasangannya namun berlainan bidang. Merupakan sahabat yang 'lekat kopiah di kepala' sejak zaman sekolah sehingga sekarang. Turut berada dalam gambar adalah pasangan Nasrun & Suraya, Muhamad Sukri Ismail(berbaju hitam merah-kini bertugas di firma guaman), Asraf Ismail(berbaju kuning-merupakan Medical Assistant di N9) dan aku sendiri..he3


Bersama sifu Bahasa Arab iaitu Ustaz Tuan Rashid(merupakan guru bahasa arab ketika tingkatan 6 dan juga bapa saudara pengantin lelaki (Muhamad Ikram)


Tahniah juga diucapkan buat sahabat2 yang laen yang tidak berkesempatan aku hadirkan diri pada majlis walimah kalian. Semoga kalian dan pasangan berbahagia dunia akhirat. Di sini aku senaraikan nama2 sahabat yang aku ingat, dan minta maaf jika ada yang terlupa disebut namanya.

Sahabat2 Maahad Muhammadi Tumpat :
1 - Siti Khadijah (SPM 2004) dan pasangan
2 - Mubarak Abdul Aziz (SPM 2004) dan pasangan

Sahabat2 SMKA Falahiah :
1 - Muhammad Afnan Mohd Azmin (STPM 2005) dan Zurina Nasir (STPM 2005)
2 - Noraini (STPM 2005) dan pasangan
3 - Dzulkarnain (STPM 2004) dan pasangan

Sahabat2 UKM :
1 - Mohd Hafiz Mohd Nasir (PERDANA UKM) dan pasangan
2 - Rabiatul Adawiyah (PERDANA UKM) dan pasangan
3 - Tuan Nur Hasyimah (PERDANA UKM) dan pasangan
4 - Nor Maziah (JPATI/NAHDAH) dan pasangan
5 - Kazman Nordin (FPI UKM) dan pasangan
6 - Ijlal Mearaj (JPATI/NAHDAH) dan pasangan

Tidak dilupakan buat sahabat2 yang baru menimang cahaya mata :
1 - Mohd Al-Amin Abdullah (anak ke-2 yang lahir pada 23 Ogos 2011)
2 - Jamilah Mohamad (anak pertama lahir pada 11 Ogos 2011)

Juga tahniah buat sahabat2 yang telah bertunang sepanjang cuti perayaan ini. Nama tidak disebutkan atas faktor2 keselamatan. He3

Dalam keghairahan bergembira, aku memohon sahabat2 sedekahkan al-fatihah buat adik seniorku iaitu adik kepada Azman (Abang Man) yang telah kembali ke rahmatullah pada 5-9-2011 akibat sakit buah pinggang. Al-fatihah
Baca selanjutnya...

Friday, September 2, 2011

Kelebihan Puasa Enam di Bulan Syawal

Assalamualaikum wr. wbt...

Salam Eidu;fitri buat sahabat2. Sebelum keluar ke pasar hari ini, sempat rasanya berkongsi perkara ini. Sumbernya lupa dari mana sebab sudah lama beradfa dalam simpanan. Harap dimanfaatkan rakan2 dan diri ambo juga. Insya Allah

K
esempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Baca selanjutnya...