Wednesday, September 21, 2011

Sudahkah Kita Bersedia Untuk MATI

Assalamualaikum wr. wbt..

Sambutan Syawal masih lagi dirasai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada masa ini. Hari terbuka saban hari diadakan terutamanya hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Dalam kita bergembira di bulan Syawal ini, kita jangan lupa kepada KEMATIAN. Perkataan mati/meninggal dunia/kembali ke rahmatullah/telah tiada di bumi ini dan apa2 perkataan yang menggambarkan kematian perlulah kita ambil cakna dan ambil perhatian. Kita perlu ingat bahawa setiap yang hidup akan mati, setiap yang bernyawa di dunia ini akan menemui pengakhiran hidupnya.


Tazkirah Sambutan Syawal pada hari ini yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Noor iaitu Director Marketing Twintech menyentuh berkaitan Ramadan yang telah lalu, Syawal yang sedang dirai dan kaitan kedua2nya dengan segala amal yang dilaksanakan oleh kita untuk menemui kematian kelak agar kita ditempatkan di syurga firdausi. Jika di bulan Ramadan, kita dapat memperutukkan masa sepenuhnya untuk beramal ibadat dan bermuhasabah diri serta mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Agung (Allah SWT), namun bagaimanakah amalan kita setelah berlalunya Ramadan. Adakah ibadah yang kita lakukan semakin bertambah atau berkurang??

Entri kali ini aku bawakan adalah kerana terdapatnya dua kematian dalam dua hari berdekatan denganku. Pada 20-09-2011 sekitar jam 7.10 malam, nenek kepada isteri "boss" tempatku bekerja telah kembali ke rahmatullah di Nilai, Negeri Sembilan. Aku yang kebetulan berada di Bangi semasa mendapat berita tersebut telah pergi ke sana(Nilai). "Nenek" tersebut meninggal akibat sakit tua yang mana usianya adalah 92 tahun. Jumaat lepas (16-09-2011), baru sahaja keluarga arwah membuat bacaan yaasin dan doa selamat. Tapi dah takdir dan ketentuan, akhirnya "nenek" dipanggil oleh Yang Esa.

21-09-2011..Diadakan Sambutan Gemilang Syawal di tempat aku bekerja. Majlis bermula sekitar jam 11 pagi telah 'diserikan' dengan pelbagai agenda dan acara. Dalam kemeriahan tersebut, sekitar jam 1.01 tegahari aku mendapat mesej di telefon memaklumkan ayah kepada sahabatku(saudara Zaki bin Jaafar) yang sama2 belajar di ipta dan berorganisasi bersama di persatuan anak negeri telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung.

Dalam masa tidak sampai 24 jam, dua berita kematian yang sampai kepadaku. Jadi, untuk peringatan bersama, khususnya kepada diri sendiri, sama2lah kita mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan melebihkan ibadah, menambahkan pahala, mengosongkan diri daripada melakukan dosa.

Marilah kita sama2 mendoakan kedua-dua mereka yang meninggal ini. Semoga arwah mereka di tempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah

No comments:

Post a Comment