Thursday, November 14, 2013

Tahniah SK GAS

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi  Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya. 


Alhamdulillah kita berada di pagi Jumaat yang penuh dengan barakah ini. Masih lagi diberikan kesihatan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. di muka bumi ini.


Kelmarin tanggal 14 November 2013 merupakan hari yang dinanti oleh murid-murid tahun enam seluruh Malaysia. Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Berita gembira daripada sekolah tempat aku mengajar sekarang. 


Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan sekolah ini, pada tahun ini murid yang mendapat 5A dalam UPSR ialah empat orang. Sebelum ini hanya seorang sahaja murid yang mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pula kelmarin diadakan Hari Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah ini. Ibubapa ramai yang datang memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.


Empat orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di SK GAS ini ialah Mohamad Azri Dawisani, Mohd Azrie Madali, Mohd Ikmal Mustaqim bin Mohd Said dan Nurhayati bin Amil. Mereka dari keluarga yang sederhana. Sempat juga aku mengetahui bahawa bapa salah seorang daripada murid yang mendapat 5A ini hanyalah seorang tukang kebun sekolah. Begitulah kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka untuk mengubah nasib keluarga. 


Tahniah dan syabas aku ucapkan buat murid-murid SK GAS yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR (5A:4 orang), (4A:2 orang), (3A: 9 orang), 2A, 1A, dan kepada yang lulus semua matapelajaran dalam UPSR 2013. Semoga kalian berjaya....





















Baca selanjutnya...

Tuesday, November 12, 2013

Puasa Hari As-Syura

Assalamualaikum wr. wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Alhamdulillah, pagi nan indah. Cuaca pada pagi ini tidak panas dan tidak juga hujan. Cuaca yang baik untuk semua  orang. Insya Allah. Hari ini 9 Muharram 1435H. Hari yang disunatkan untuk puasa. Esok tanggal 10 Muharram 1435H juga merupakan hari yang sangat baik untuk berpuasa.

     عن أبي هريرة  قال: قال رسول الله : ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)) رواه مسلم.
     Dari Abu Hurairah  dia berkata: Rasulullah  bersabda: “Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat wajib (lima waktu) adalah solat malam”.

Hadis yang mulia ini menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada bulan Muharram, bahkan puasa di bulan ini lebih utama dibandingkan bulan-bulan lainnya, setelah bulan Ramadhan.


Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadis ini:

- Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Aasyuura’ (puasa pada tanggal 10 Muharram), kerana Rasulullah S.A.W.  melakukannya dan memerintahkan para sahabat  untuk melakukannya, dan ketika Baginda ditanya tentang keutamaannya Baginda  bersabda: “Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu”.

- Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram digandingkan dengan puasa tanggal 9 Muharram, dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana Rasulullah S.A.W. ketika disampaikan kepada Baginda bahawa tanggal 10 Muharram adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka Baginda bersabda: “Kalau aku masih hidup tahun depan maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram)“.

- Adapun hadis “Berpuasalah pada hari ‘Aasyuura’ dan selisihilah orang-orang Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya”, maka hadis ini lemah sanadnya dan tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dianjurkannya berpuasa pada tanggal 11 Muharram.

- Sebahagian ulama ada yang berpendapat dimakruhkannya (tidak disukainya) berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, kerana menyerupai orang-orang Yahudi, tapi ulama lain membolehkannya meskipun pahalanya tidak sesempurna jika digandingkan dengan puasa sehari sebelumnya.

- Sebab Rasulullah S.A.W. memerintahkan puasa tanggal 10 Muharram adalah kerana pada hari itulah Allah menyelamatkan nabi Musa A.S. dan umatnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya, maka nabi Musa  pun berpuasa pada hari itu sebagai rasa syukur kepada-Nya, dan ketika Rasulullah  mendengar orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu kerana alasan ini, maka Baginda  bersabda: “Kita lebih berhak (untuk mengikuti) nabi Musa  dari pada mereka”. Kemudian untuk menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi, Baginda menganjurkan untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram.

Baca selanjutnya...

Sunday, November 3, 2013

Tahniah Pahang Syabas Kelantan

Assalamualaikum wr. wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Hari terakhir berada di tahun 1434H. Tahun baru bakal tiba beberapa jam sahaja lagi. Bagaimanakah dengan perancangan di awal tahun lalu? Moga-moga perancangan di tahun 1434H yang belum terlaksana akan dapat aku laksanakan pada tahun 1435H. Insya Allah.


Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat akhir di Stadium Shah Alam yang melibatkan pasukan Kelantan dan Pahang. Rezeki berpihak kepada Pahang yang mempamerkan aksi yang mantap dan bertenaga. 


Tahniah aku ucapkan buat pasukan Pahang kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada edisi ke-87. Syabas aku ucapkan buat pasukan negeri kelahiranku Kelantan yang dapat mara ke peringkat akhir Piala Malaysia pada tahun 2013 edisi ke-87 ini. Syabas juga aku ucapkan buat seluruh penyokong negeri Kelantan kerana menyokong pasukan negeri. Walaupun piala pada tahun ini terlepas dari genggaman, diharap pasukan negeri Kelantan akan terus memantapkan pasukan untuk masa akan datang.



TAHNIAH PAHANG.....SYABAS KELANTAN........













THIS IS PANTAI TIMUR
Baca selanjutnya...