Thursday, November 14, 2013

Tahniah SK GAS

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi  Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya. 


Alhamdulillah kita berada di pagi Jumaat yang penuh dengan barakah ini. Masih lagi diberikan kesihatan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. di muka bumi ini.


Kelmarin tanggal 14 November 2013 merupakan hari yang dinanti oleh murid-murid tahun enam seluruh Malaysia. Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Berita gembira daripada sekolah tempat aku mengajar sekarang. 


Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan sekolah ini, pada tahun ini murid yang mendapat 5A dalam UPSR ialah empat orang. Sebelum ini hanya seorang sahaja murid yang mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pula kelmarin diadakan Hari Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah ini. Ibubapa ramai yang datang memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.


Empat orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di SK GAS ini ialah Mohamad Azri Dawisani, Mohd Azrie Madali, Mohd Ikmal Mustaqim bin Mohd Said dan Nurhayati bin Amil. Mereka dari keluarga yang sederhana. Sempat juga aku mengetahui bahawa bapa salah seorang daripada murid yang mendapat 5A ini hanyalah seorang tukang kebun sekolah. Begitulah kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka untuk mengubah nasib keluarga. 


Tahniah dan syabas aku ucapkan buat murid-murid SK GAS yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR (5A:4 orang), (4A:2 orang), (3A: 9 orang), 2A, 1A, dan kepada yang lulus semua matapelajaran dalam UPSR 2013. Semoga kalian berjaya....





















No comments:

Post a Comment