Wednesday, March 31, 2010

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian. Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen di sini semalam berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Semua pelantikan itu untuk tempoh lima tahun. Presiden PAS itu menyifatkan pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi dalam kepimpinan Pas.


Baca selanjutnya...

JgN PnDg ReNDaH Pd OranG

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: Kau pandai menulis dan membaca?

Tidak. Saya buta huruf. Jawab si pengayuh sampan.

Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.

Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Errerrr, saya tidak tahu laaa. Jawab professor dalam keadaan panik.

Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!


Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Baca selanjutnya...

Thursday, March 18, 2010

Lima Tanda Hati Keras Membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
Baca selanjutnya...

Wednesday, March 17, 2010

Prinsip-prinsip Kejayaan

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat
Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)

Baca selanjutnya...

Tarikh Penting Sejarah Islam

ZAMAN RASULULLAH SAW

20 April 570M/571M
12 Rabiul Awwal Tahun Gajah

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah

575M
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman

586M
Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah

6.8.610M
17 Ramadan

Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur - Iqra`

Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hiraq.

613M
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi Muhammad SAW terus bertahannut di Gua Hira` sehingga di satu malam baginda melihat wajah sebenar Jibril di gua Hira` dan pulang dalam ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunnya wahyu kedua “Ya ayyuhal muddatsir” - Nabi Muhammad SAW mula berdakwah secara sembunyi.

614M
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.

616M
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) …Fasda’ maatu’mar…..maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit Sofa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman kepada Allah SWT, lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …

618M
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum

620M
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT

621M
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.

622M
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.

10.9.622M
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al Taubah/al anfaal wamakaru wamakarallah…

12.9.622M
1 R/awwal 1H
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin

8 R/Awwal 1H
Nabi tiba di Quba` selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Quba`.

24.9.622M
12 R/Awwal 1H

Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.

623M 2H
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.

624M 2H
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan

625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)

Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.

625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.

627M 5H
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin
bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.

627M 5H
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.

628M
Zulkaedah 6H

Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.

630M 8H
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah
memungkinkan Nabi menakluki Makkah.

630M 8H
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir

630M 8H
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid

632M
25 Zulkaedah 10H

Nabi melaksanakan Haji Wadak

6.632M
12 R/awwal 11 H

Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi

Baca selanjutnya...

Wednesday, March 10, 2010

BaYaRaN HoSpiTaL diMaNsuHkaN

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.

"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya. - Bernama

Baca selanjutnya...

Monday, March 8, 2010

SEMAKAN UJIAN MTEST - KPLI JUN 2010

Semakan Tempat Ujian MTEST - KPLI Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di: SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MTEST. Ujian MTEST akan diadakan serentak di Seluruh Malaysia pada 13 MAC 2010 (SABTU) dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Baca selanjutnya...

Friday, March 5, 2010

PeRtUmBuHaN & PeRkEmBaNgAn KaNaK2

Assalamualaikum wr. wbt.. salam perjuangan buat sahabat sekalian...apa khabar? harap Asihat2 sokmo hendaknya...Pada kali ini aku ingin membicarakan apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak2...mesti korang terfikir kenapalah tetiba aku ingin membicarakan topik yang sedemikian rupa...hahahaha..

Tiada apa yang pelik...Ye la, kita dlahirkan mestilah dimulakan dengan menjadi seorang kanak-kanak.. Atau yang lebih tepat kita dilahirkan adalah sebagai seorang bayi. Setelah itu, kita beralih pula kepada peringkat kanak-kanak. Di peringkat inilah kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang begitu ketara...

Kejadian manusia bermula daripada satu sel hasil persenyawaan benih ibu dan bapa. Benih ibu dipanggil ovum sementara benih bapa dipanggil sperma.Selepas dua minggu sel ini akan berbentuk seperti bola kecil yang dipanggil zaigot. Zaigot akan berubah menjadi lembaga dalam masa tiga hingga lima minggu, kemudian ia berubah menjadi janin.Janin dikandung oleh ibu selama lebih kurang sembilan bulan sebelum dilahirkan. Janin selepas dilahirkan dinamakan bayi.Bayi akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar.Pertumbuhan kanak-kanak memerlukan perhatian yang teliti dari segi jasmani dan rohani. Kanak-kanak yang mempunyai latarbelakan yang tidak baik lazimnya akan menjadi belia atau orang-orang dewasa yag kurang sempurna atau kurang sifatnya.


Definisi Perkembangan
Proses Perkembangan

1. Proses perkembangan adalah perubahan yang berlaku dari segi kualiti. Perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti.
2. Tetapi ia boleh dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk.
3. Perkembangan manusia merupakan satu proses yang rumit dan berlaku secara terus menerus dari peringkat awal kejadian bayi hinggalah ke akhir hayat. Proses ini menunjukkan hubungan rapat di antara struktur badan manusia, tugas tiap-tiap anggota dan kematangan system urat saraf.
4. Contohnya, seorang bayi tidak akan dapat berjalan sekali pun kita melatihnya setiap hari. Keadaan ini disebabkan system saraf bayi itu belum matang untuk berfungsi.
5. Ini bermakna perkembangan tiap-tiap bahagian anggota mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan badan keseluruhannya.


Proses Pertumbuhan

1. Pertumbuhan merupakan satu proses secara kuantiti perubahan fiziakl yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu masa ke masa yang lain.
2. Tanda-tanda pertumbuhan yang nyata berlaku pada kanak-kanak ialah apabila saiz dan struktur badannya membesar, dan apabila tinggi dan berat badannya boleh diukur.
3. Organ-organ bahagian dalaman seperti otak juga membesar.
4. Dalam proses pertumbuhan, kanak-kanak akan mula meninggalkan ciri-ciri keanak-anakannya dan menambah ciri-ciri yang baru.
5. Contohnya, sewaktu masih kecil kanak-kanak lazimnya lebih suka bermain sendirian, tetapi apabila semakin matang, mereka lebih banyak berinterak si dengan orang dewasa dan dengan kanak-kanak lain serta menunjukkan sifat mahu bekerjasama.
6. Umumnya, kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan yang sama, tetapi kadar pertumbuhannya berlainan.
7. Masa atau kadar pertumbuhan yang cepat berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 0-2 tahun dan 10-16 tahun.
8. Sementara masa pertumbuhan yang lambat berlaku pada umur 2-10 tahun dan 16 tahun hinggalah peringkat tua. Semasa tua pertumbuhan akan mendatar dan berhenti.

Sifat Pertumbuhan Dan Perkembangan.

1. Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut arah yang tertentu.
2. Proses ini boleh dibahagikan kepada: pertama, dari arah kepala ke kaki yang dipanggil sephalokaudal; kedua, dari arah ke tepi yang dipanggil proximodistal; dan ketiga dari arah yang tidak menentu ke arah yang tertentu yang dipanggil mass to specific.
3. Mengikut arah sephalokaudal
Perubahan pada struktur dan fungsi terlebih dahulu berlaku di bahagian kepala, kemudian bahagian badan dan akhirnya di bahagian kaki.Contohnya, bayi yang baru lahir hanya dapat mengawal bahagian kepalanya (termasuk mata, mulut dan hidung) sebelum dapat mengawal tangan dan bahagian bawah badannya.
4. Perkembangan ikut arah proximodistal
Memulai proses perkembangan bahagian tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan seterusnya ke hujung anggota.
Perkembangan cara ini terjadi sejak bayi berada dalam kandungan ibunya; iaitu daripada segumpal darah akan terbentuk kepala, kaki dan tangan, membentuk satu lembaga seperti manusia.
Tahun pertama, kanak-kanak hanya dapat menggunakan anggota yang paling hampir dengan bahagian tengah badan seperti bahu dan siku. Kemudian, beransur-ansur dia akan menggunakan tangan dan jari-jarinya.
5. Perkembangan dari arah yang tidak menentu ke arah yang lebih khusus; Mass to specific.
Contohnya, seorang kanak-kanak susah untuk menyuap makanannya sendiri; jika dia cuba berbuat demikian, makanan yang disuap itu mungkinlebih banyak terkeluar daripada bahagian mulutnya sendiri.
Apabila usianya meningkat, dia akan dapat mengawal atau menggabungkan pergerakannya dengan lebih baik dan teratur samada pergerakan yang besar atau pergerakan yang halus.


Faktor yang mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak.


a) Baka
Semasa persenyawaan berlaku terdapat penggabunggan gen-gen ibu dan bapa. Gen mengandungi persediaan untuk melahirkan keturunan, dan bayi yang akan lahir akan mewarisi sifat-sifat ibubapanya. Di antara sifat-sifat umum yang akan diwarisinya ialah jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan dan sifat-sifat fizikal yang ganjil.Selain itu, bayi akan mewarisi penyakit ibu atau bapanya. Contoh penyakit yang biasa diwarisi ialah muscular dystrophy, albonism dan anemia.Kesan idapan penyakit ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu terbantut.

b) Alam sekitar
Keadaan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan serta perkembangan individu iaitu semasa bayi masih dalam kandungan. Terdapat 2 faktor utama mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

i) Makanan
- Semasa mengandung ibu mestilah mengambil berat tentang soal makanan. Makanan hendaklah seimbang untuk menjamin kesihatan bayi dalam kandungan.
- Bayi mendapat bekalan makanan daripada apa yang dimakan oleh ibunya.
- Selepas dilahirkan, bayi juga memerluakn zat-zat makanan yang cukup untuk membesar.
- Makanan itu akan membekalkan tenaga, memperbaiki sel-sel yang rosak dan membina sel-sel yang baru.
- Makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

ii) Kesihatan
- Taraf kesihatan yang tinggi akan mempercepatkan pertumbuahn dan perkembangan kanak-kanakmengikut kadar yang biasa.
- Kanak-kanak tidak sihat dan berpenyakit akan mengalami kadar pertumbuhan dan perkembangan yang agak lambat.
- Keadaan persekitaran yang sihat seperti keadaan sekeliling yang bersih udaranya, tidak tercemar oleh asap kilang dan kenderaan dsb.


c) Rumah dan Keluarga.
Rumahtangga merupakan asas yang mempengaruhi pembentukan sikap seseorang kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak cuba memperkenalkan dirinya mengikut tingkahlaku ahli-ahli keluarga dan cuba menyesuaikan dirinya dengan setiap ahli keluarga. Semasa kanak-kanak membesar banyak perubahan akan dialami sama ada hasil daripada pengalaman mahupun penjagaan serta perhatian yang diterimanya. Penerimaan atau kesan pengaruh keluarga berbeza mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak kecil lazimnya lebih banyak mendapat pengaruh daripada keluarga. Oleh itu, penting untuk sesebuah keluaraga menunjukkan contoh atau amalan yang sihat dan sejahtera bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik.



Baca selanjutnya...

Tuesday, March 2, 2010

Pemikiran......

Assalamualaikum wr. wbt... masih belum terlambat untukku mengucapkan salam Maulidur Rasul... sama2 kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana Dia telah mengutuskan seorang manusia agung iaitu Nabi Muhammad saw. Sama2 kita mengimarahkan bulan kelahiran baginda dengan memperingatinya sentiasa...

Pada kali ini aku akan memuatkan bahan yang aku ambik daripada satu blog iaitu Minda Madani Online..sama2 kita mengenali siapakah tokoh yang aku utarakana pada kali ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada bahan ini.


Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani

Nama Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani memang jarang didengari oleh umat Islam di Malaysia. Nama tokoh seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Sheikh Ramadan Al-Buti, Sheikh Taha Jabir Al-Wani, Prof Ismail Faruqi, Hassan Al-Banna serta beberapa orang tokoh popular lagi. Karya-karya mereka sudah tersebar luas di negara ini, malah turut dijadiksn silibus pengajian di sekolah atau universiti. Pemikiran umat Islam di sini turut dipengaruhi oleh idea-idea serta manhaj pemikiran yang digagaskan oleh beliau.Sayyid Muhammad merupakan ulama besar yang lahir di Mekah. Kelahiran beliau ibarat sebutir permata yang menyinari muka bumi. Berasal daripada keturunan yang mulia, beliau pernah mengatakan dengan penuh syukur dan nikmat,"Daripada ayahandaku, kemudian nendaku, dan seterusnya sampai kepada Rasul Sallahu'alaihi Wasalam yang terpilih, adalah penghulu dan orang alim". Beliau mewarisi sifat seorang ulama daripada ayahanda beliau sendiri, Sayyid 'Alawi yang juga merupakan ulama terkenal di Mekah.

Kenapa umat Islam di Malaysia perlu mengenali dengan lebih lanjut akan tokoh ini? Sebenarnya tokoh besar ini mempunyai banyak mutiara berharga yang boleh dikongsi bersama dengan kita. Umat Islam di sini seharusnya bersyukur kerana sentiasa diberi nikmat dan kesempatan untuk terus mengenali tokoh- tokoh yang banyak berjasa kepada umat. Tidak rugi rasanya jika kita berkenalan dengan ulama ulung ini yang telah meninggalkan ramai anak muridnya di Malaysia, termasuk anak muridnya yang paling dikasihi, sehingga menerima anugerah gelaran keluarga 'Al Maliki' iaitu, Muhammad Fuad Kamaluddin. Beliau adalah antara anak murid yang paling setia dan disayangi oleh beliau.Berasal dari Rembau, baru berumur 34 tahun. Pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2006. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan di samping menguruskan sebuah madrasah di Rembau. Telah menghasilkan lebih seratus buku mengenai agama, termasuk terjemahan kitab-kitab yang ditulis oleh gurunya. Dalam kesibukan umat Islam di Malaysia mengangkat artis, ahli sukan atau sesiapa sahaja sebagai idola, sepatutnya beliau menjadi idola terutama sekali di kalangan generasi muda.Dr Siddiq Fadzil pernah mengatakan bahawa kita kebanjiran idola tetapi kemarau tauladan. Jika bertanya kepada anak muda, mereka lebih mengenali artis dan ahli sukan. Walaupun ada di kalangan mereka yang baik serta boleh dijadikan sebagai tauladan, namun begitu hakikatnya tetapi ramai yang tidak mempunyai keterampilan yang terpuji untuk dijadikan sebagai suri tauladan. Maka tidak boleh untuk kita menyalahkan generasi muda yang bermasalah kerana terpengaruh dengan idola-idola ereka.Sayyid Muhammad 'Alawi telah mewariskan manhaj yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam di sini. Yang pertama ialah manhaj bersanad yang sekian lama menjadi amalan di kalangan penuntut ilmu. Budaya ini (manhaj bersanad) bertujuan untuk memastikan ada salasilah atau ikatan langsung ilmu atau amalan yang kita buat sehingga sampai ke Baginda Sallahu'alaihi Wasalam. Budaya berijazah ini juga boleh menghadirkan keberkatan dalam menuntut ilmu.Sheikh Fuad dalam sebuah biografi beliau yang berjudul, Sheikh Fuad yang aku kenali, mengatakan, walaupun beliau tidak mengambil masa yang lama ketika menghabiskan menuntut di Tanah Arab, tetapi beliau merasai keberkatan ilmu yang diperolehi melalui pendekatan sanad dan ijazah yang dilaksanakan oleh guru beliau. Yang kedua ialah manhaj dakwah dan pemikiran gurunya yang bersifat sederhana ataupun Wasatiyyah, yang selari dengan ajaran Islam. Apabila kefahaman akidah dan ibadat diperkuatkan dengan amalan kerohanian, mesej dakwah yang dibawa mampu menyentuh hati umat. Beliau telah menjadikan amalan zikir, hizib serta tazkiah nafs sebagai amalan wajib untuk dirinya. Sayyid Muhammad dalam aspek pemikiran fiqh sebagai contoh, Walaupun bermazhab Maliki, Sayyid Muhammad juga arif serta merupakan pakar dalam mazhab Syafie, Hanbali, serta Hanafi.Bahkan beliau juga pernah mengatakan bahawa "Saya adalah 'anak' kepada mazhab yang empat". Oleh itu, tidak timbul isu menganut fahaman yang tidak bermazhab atau membuta tuli ketika mengeluarkan hukum. Benarlah seperti apa yang terkandung dalam buku Sheikh Yusuf Qaradawi, Kaifa Nata'amal Bil Khilaf Mazahib, (Bagaimana Beramal dengan Kepelbagaian Mazhab), tidak akan timbul sebarang konflik atau pertengkaran jika seseorang itu memahami kepelbagaian mazhab.

Yang ketiganya ialah kegigihan beliau dalam menuntut ilmu. Sayyid Muhammad telah menyempurnakan menyempurnakan ijazah di peringkat Kedoktoran dalam bidang hadith dari Universiti Al- Azhar denga keputusan Mumtaz ketika berusia 25 tahun. Tesis yang ditulis oleh beliau telah mendapat pujian dan sanjungan besar dari ulama-ulama besar Azhar, seperti Imam Muhammad Al Sayis, Sheikh Muhammad Abu Zahu dan lain- lain. Dalam pada itu, beliau juga dikhabarkan telah menghafaz Al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan menghafaz kitab Al Muwatta' ketika berusia 15 tahun.Beliau mendapat jolokan 'Muwatta’ berjalan” kerana kepakarannya yang mendalam dalam memahami kitab hadith yang unggul ini. Dalam konteks hari ini, adalah mustahil untuk menemui ulama seperti beliau. Yang keempat ialah kecintaan mendalam terhadap ilmu. Sheikh Fuad menerusi bukunya, Manaqib Tiga Permata Masjidil Haram, memetik kenyataan Sayyid Muhammad "Sesungguhnya aku tidak mampu hidup tanpa mengajar. Aku tidak merasa gembira bahkan semasa bermusafir kecuali dengan menyampaikan ilmu dan menghadiri halaqah- halaqah ilmu". Beliau juga amat mencintai ilmu dan sering berusaha untuk meningkatkan keilmuannya. Beliau mengisi waktu rehatnya dengan ilmu untuk beroleh ketenangan. Bagi kita pula, rehat mungkin bererti menonton wayang, membeli-belah, menghisap rokok dan sebagainya.Beliau bukan setakat mencintai ilmu, tetapi beliau juga memuliakan ilmu dalam erti kata sebenar. Bagi Sayyid Muhammad, ilmu merupakan suatu perkara yang amat mulia dan berharga dan ia tidak sepatutnya diletakkan melainkan di tempatnya serta tidak diberikan kepada orang yang tidak layak (yang mempunyai hati yang busuk ataupun tidak ikhlas). Oleh itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk seseorang itu diterima belajar di madrasahnya, sehinggakan, beliau mewajibkan anak muridnya supaya menunaikan solat sunat Istikharah sebelum memulakan pengajian. Beliau sering mengatakan bahawa ,"Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan isyarat (daripada Allah)".Sayyid Muhammad telah meninggalkan warisan berupa kitab-kitab karangan beliau yang berjumlah hampir 100 buah dalam pelbagai disiplin kepada kita. Antara kitab yang paling masyhur ialah, “Mafahim Yahibu an Tusohhah “(Kefahaman yang Wajib Dibetulkan) yang telah menerima pujian daripada 50 orang ulama Islam dari seluruh dunia Islam. Beliau sendiri menganggap buku tersebut sebagai sesuatu yang istimewa, dengan mengatakan,"Kitab karangan saya yang paling akrab dengan saya ialah “Mafahim Yahibu an Tusohhah". Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Beliau meninggal dunia pada waktu sahur hari Jumaat, 15 Ramadan 1425 bersamaan 29 Oktober 2004 ketika berusia 60 tahun. Ketika dibawa jenazah beliau, ratusan ribu manusia mengiringi jenazahnya ke kubur, dengan tangisan, takbir dan tahlil. Sheikh Sayyid Thantawi, Sheikh Al-Azhar dengan sedihnya mengatakan, "Kewafatan Sheikh Maliki bukan sahaja merupakan kehilangan bagi Kerajaan Arab Saudi, tetapi juga merupakan kehilangan untuk seluruh alam, umat ini dan negara- negara Islam".

Oleh Mohd Hilmi RamliPresiden PKPIM
Baca selanjutnya...