Friday, June 29, 2012

Gambar Ceramah Pakatan di Selatan, Utara dan Timur Malam Tadi

30 Jun 2012

Senarai penceramah malam ini...Bersama Leftenan Adnan, Mario Balotelli , 
YAB TGNA, Yb Dato Husam dan Dato Tamrin Tun Ghafar dalam 
Himpunan Hijau di Johor Bahru.Gambar:Nasrudin Hassan


Dato Tamrin Tun Ghafar menyampaikan Pidatonya dihadapan lautan manusia dalam Himpunan Hijau Negeri Johor di Taman Dahlia Johor Bahru.Gambar:Nasrudin Hassan

Suasana Himpunan Hijau Negeri Johor di Taman Dahlia Johor Bahru.Gambar:MSO


'Leftenan Adnan' secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS kpd TGNA!


YB Saifudin Nasution ketika berucap kepada lebih 15,000 warga Kulim/Pdg Serai di Kedah.


Sebahagian dari orang ramai yang hadir pada ceramah di Kulim yang turut dihadiri oleh 
DS Anwar Ibrahim.


Juga Ribuan Rakyat Hadir Ceramah Perdana Di Pasir Putih Bersama 
Rafizi Ramli, Abby Abadi & Ramai Lagi.

Gambar-gambar dari KBBUTV3 dan A.B.U

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1zE8eeQjr
Baca selanjutnya...

Friday, June 22, 2012

ISLAM nan INDAH

Assalamualaikum wr. wbt..

Apa khabar iman kita hari ini? Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Ketika sedang mengajar di dalam kelas selepas solat Jumaat tadi, berkaitan Sirah Rasulullah S.A.W.  kepada murid-murid Tahun Satu Aktif, tiba-tiba aku teringat kepada dua orang sahabat yang non muslim. Seorang berbangsa India dan seorang berbangsa Cina. 

Lantas aku pun berdoa kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan perancangan mereka berdua.

Pada 28 Mei 2012 yang lalu, ketika aku berada di Kota Kinabalu, tetiba masuk pesanan ringkas di telefon bimbitku.."Asalamulaikum, shukri apa khabar?ingat lagi x sy nie T.. dulu yg kenal kt sukarelawan sukan asia tu?" Terkejut dengan mesej daripada beliau. Memang aku mengenali sangat beliau sebab baru tahun lepas kami berjumpa. Beliau datang ke rumah sewaku di Bandar Sri Damansara ketika itu untuk menumpang tidur semalaman sementara mahu pulang ke kampung beliau untuk cuti semester. Aku mengenali beliau di Sukan Asean University 2008 hanya di dalam bas sewaktu pulang dari Stadium Bukit Jalil bersama seorang lagi sahabt beliau yang Muslim. Tidak kusangka ukhwah ini berpanjangan. Jarang-jarang juga kami berhubung namun mesej dengan membei salam  itu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Aku mengesyaki beliau telah memeluk Islam namun tidak berani aku menjawab salam tersebut. 

Selang sehari kemudian barulah aku menelefon beliau. Beliau sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di UNIMAP yang mana beliau telah belajar di sana sejak diploma dan ijazah sarjanamuda. Aku bertanya beliau kenapa memberi salam kepadaku dalam mesej. Beliau berkata, beliau sekarang sedang mendalami Islam, ada keinginan yang kuat untuk memeluk Islam. SELURUH AHLI KELUARGA telah merestui penghijrahan beliau KECUALI BAPAnya. Kesian aku mendengar rintihan sahabatku ini. Aku bertanya juga beliau kenapa datang ke rumah tahun lepas beliau tidak memaklumkan kepadaku untuk memeluk Islam. Beliau berkata ketika itu keinginan masih samar-samar. Tapi sekarang telah kuat. Beliau sekarang sedang belajar sendiri ilmu agama melalui buku-buku dan bahan bacaan di internet, namun aku menyarankan beliau agar masuk untuk mendengar ceramah di masjid atau surau supaya belajar dengan berpandukan guru di hadapan. Semoga beliau dipermudahkan urusan untuk memeluk agama Islam.

Usai urusan di Kota Kinabalu selama 2 minggu, aku pulang ke Sandakan. Kedengaran pula daripada seorang sahabat yang sedang mengajar di Sarawak bahawa salah seorang sahabat kami yang sama-sama belajar di UKM suatu ketika dahulu sedang dalam proses mendalami agama Islam juga. K... merupakan seorang yang aktif di UKM dan beliau mengambil jurusan undang-undang. Berkat daripada minat beliau berkawan hanya dengan orang Melayu (Islam) dan turut serta dalam jemaah serta minat kepada anok-beghanok Perdana UKM, akhirnya beliau sedang melalui proses ke arah Islam. Mungkin beliau juga telah mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Aku betul-betul gembira dengan perkhabaran dua sahabatku ini.  Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua dipermudahkan segala urusan untuk memeluk agama yang benar ini..insya Allah

Baca selanjutnya...

Monday, June 4, 2012

Keperluan Asas Guru Pedalaman Masih Daif

Harakahdaily, 04 Jun 2012
MIRI: Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pedalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.

Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee (gambar) berkata, masih banyak lagi sekolah di pedalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.

Menurutnya, walaupun guru pedalaman dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

Malah katanya, para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar," katanya.

"Para guru tidak mengharapkan rumah batu yang mewah, tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama." katanya.

Di antara sekolah-sekolah di pedalaman yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana guru adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan.

"Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pedalaman ini.

"Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," tegasnya.

Baca selanjutnya...