Friday, June 22, 2012

ISLAM nan INDAH

Assalamualaikum wr. wbt..

Apa khabar iman kita hari ini? Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Ketika sedang mengajar di dalam kelas selepas solat Jumaat tadi, berkaitan Sirah Rasulullah S.A.W.  kepada murid-murid Tahun Satu Aktif, tiba-tiba aku teringat kepada dua orang sahabat yang non muslim. Seorang berbangsa India dan seorang berbangsa Cina. 

Lantas aku pun berdoa kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan perancangan mereka berdua.

Pada 28 Mei 2012 yang lalu, ketika aku berada di Kota Kinabalu, tetiba masuk pesanan ringkas di telefon bimbitku.."Asalamulaikum, shukri apa khabar?ingat lagi x sy nie T.. dulu yg kenal kt sukarelawan sukan asia tu?" Terkejut dengan mesej daripada beliau. Memang aku mengenali sangat beliau sebab baru tahun lepas kami berjumpa. Beliau datang ke rumah sewaku di Bandar Sri Damansara ketika itu untuk menumpang tidur semalaman sementara mahu pulang ke kampung beliau untuk cuti semester. Aku mengenali beliau di Sukan Asean University 2008 hanya di dalam bas sewaktu pulang dari Stadium Bukit Jalil bersama seorang lagi sahabt beliau yang Muslim. Tidak kusangka ukhwah ini berpanjangan. Jarang-jarang juga kami berhubung namun mesej dengan membei salam  itu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Aku mengesyaki beliau telah memeluk Islam namun tidak berani aku menjawab salam tersebut. 

Selang sehari kemudian barulah aku menelefon beliau. Beliau sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di UNIMAP yang mana beliau telah belajar di sana sejak diploma dan ijazah sarjanamuda. Aku bertanya beliau kenapa memberi salam kepadaku dalam mesej. Beliau berkata, beliau sekarang sedang mendalami Islam, ada keinginan yang kuat untuk memeluk Islam. SELURUH AHLI KELUARGA telah merestui penghijrahan beliau KECUALI BAPAnya. Kesian aku mendengar rintihan sahabatku ini. Aku bertanya juga beliau kenapa datang ke rumah tahun lepas beliau tidak memaklumkan kepadaku untuk memeluk Islam. Beliau berkata ketika itu keinginan masih samar-samar. Tapi sekarang telah kuat. Beliau sekarang sedang belajar sendiri ilmu agama melalui buku-buku dan bahan bacaan di internet, namun aku menyarankan beliau agar masuk untuk mendengar ceramah di masjid atau surau supaya belajar dengan berpandukan guru di hadapan. Semoga beliau dipermudahkan urusan untuk memeluk agama Islam.

Usai urusan di Kota Kinabalu selama 2 minggu, aku pulang ke Sandakan. Kedengaran pula daripada seorang sahabat yang sedang mengajar di Sarawak bahawa salah seorang sahabat kami yang sama-sama belajar di UKM suatu ketika dahulu sedang dalam proses mendalami agama Islam juga. K... merupakan seorang yang aktif di UKM dan beliau mengambil jurusan undang-undang. Berkat daripada minat beliau berkawan hanya dengan orang Melayu (Islam) dan turut serta dalam jemaah serta minat kepada anok-beghanok Perdana UKM, akhirnya beliau sedang melalui proses ke arah Islam. Mungkin beliau juga telah mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Aku betul-betul gembira dengan perkhabaran dua sahabatku ini.  Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua dipermudahkan segala urusan untuk memeluk agama yang benar ini..insya Allah

No comments:

Post a Comment