Tuesday, June 18, 2013

Di Kampung Halaman Tercinta

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawart dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Berada di kampung halaman sememangnya amat menyeronokkan. Walaupun hampir seminggu berada di kampung, masih belum dapat merasa mee cambo, nasi belau, nasi kerabu dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. 

Beberapa hari yang lalu, lebh teat pada 14 Jun 2013, aku berkesempatan berjumpa dengan pengantin baru iaitu sahabat karibku. Memang jelas kelihatan riak wajahnya yang berseri-seri. Dalam perbualan kami yang hampir dua jam, beliau ada menyatakan beberapa perkara kepadaku. "Besar tanggungjawab sebagai ketua keluarga"..Ha, baru tahu.Ok la tu...

Tiga hari lepas, ketika pulang dari pasar aku melihat ada seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 25-30 tahun sedang menaiki motosikal dengan sebelah tangan lagi memegang plastik sambil menghidu gam. Masih ada lagi insan sebegini yang hidup di negeri Kelantan. Moga pihak berkenaan dapat menangani masalah yang tidak sihat ini.

Hari ini, sekitar jam 11.15 pagi, buat pertama kalinya dapat bersua dengan adik ipar kedua dalam keluarga. Orang Nogori Sombilan..Jauh den nak poi sano..haha

Tunggu dan masih menunggu. Tunggu untuk dipanggil berkhidmat semula...tunggu untuk dipanggil temuduga..tunggu untuk menerima abang ipar dalam keluarga...dan tunggu untuk kahwin..hehe



Baca selanjutnya...

Wednesday, June 5, 2013

Catatan Terakhir di Bumi Sabah Buat Sementara...

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya...


Berada di perantauan ketika cuti sekolah adalah amat mencabar keimananku. Orang lain cuti, namun aku bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain tidak dapat merasai cuti sekolah di kampung halaman masing-masing. Perjuangan kami yang tinggal hanya beberapa hari lagi untuk dihabiskan. Doakan agar kami berjaya.


Walimah sahabat-sahabat juga tidak dapat kuhadiri. Bukan setakat sahabat-sahabat, namun perkahwinan adinda sendiri pun aku tidak dapat berada bersama keluarga. Tahniah buat adinda Siti Radhiah dan pasangannya Mujahid yang telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2013 iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke 25. Moga kekal hingga ke syurga. Bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga kami. Begitu juga perkahwinan sahabat karibku, Mohd Rezduan Zakaria yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun 2013 bersama dengan pasangannya Siti Fatimah. Sahabat yang telah bersamaku ini sejak 16 tahun yang lalu tidak kira susah dan senang tetap beliau ada disisi. Hadiah untuk kalian dari Sabah akan kubawa pulang..hehe.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di bumi Sabah ini. Masih tidak tahu bila lagi akan aku menjejakkan kaki ke sini. Ada rezeki, aku akan datang lagi. Datang menyambung tugas yang diamanahkan kepadaku. Sepanjang 'cuti' yang tidak tahu bilakah tempoh tamatnya, berbagai-bagai perancangan mahu dilakukan. Jadi guru ganti, berniaga, kerja di market dan lain-lain. Moga perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar.


Ketika berada di dalam kelas bersama dengan rakan-rakan perjuangan beberapa hari yang lepas, timbul isu rokok yang dikeluarkan oleh pensyarah kami. Ustaz merokok! Panas dan hangat isunya. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar terhadap perdebatan yang rancak berlaku antara dua orang rakan sekelasku. Secara peribadi memang aku sendiri tidak setuju seorang yang bergelar ustaz merokok. Bukan sahaja ustaz, cikgu, pensyarah, dan sesiapa sahaja.  Bagi aku, rokok ini umpama membakar duit yang dicari. Penat lelah bekerja mencari rezeki, namun selepas itu membakarnya pula. Macam kerja sia-sia sahaja. Moga-moga  sahabat-sahabat yang merokok meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan itu.


*Pulang ke Semenanjung pada 13 Jun 2013 jam 10.45 pagi ......








Baca selanjutnya...

Saturday, June 1, 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Senyum.
Baca selanjutnya...