Wednesday, June 5, 2013

Catatan Terakhir di Bumi Sabah Buat Sementara...

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya...


Berada di perantauan ketika cuti sekolah adalah amat mencabar keimananku. Orang lain cuti, namun aku bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain tidak dapat merasai cuti sekolah di kampung halaman masing-masing. Perjuangan kami yang tinggal hanya beberapa hari lagi untuk dihabiskan. Doakan agar kami berjaya.


Walimah sahabat-sahabat juga tidak dapat kuhadiri. Bukan setakat sahabat-sahabat, namun perkahwinan adinda sendiri pun aku tidak dapat berada bersama keluarga. Tahniah buat adinda Siti Radhiah dan pasangannya Mujahid yang telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2013 iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke 25. Moga kekal hingga ke syurga. Bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga kami. Begitu juga perkahwinan sahabat karibku, Mohd Rezduan Zakaria yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun 2013 bersama dengan pasangannya Siti Fatimah. Sahabat yang telah bersamaku ini sejak 16 tahun yang lalu tidak kira susah dan senang tetap beliau ada disisi. Hadiah untuk kalian dari Sabah akan kubawa pulang..hehe.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di bumi Sabah ini. Masih tidak tahu bila lagi akan aku menjejakkan kaki ke sini. Ada rezeki, aku akan datang lagi. Datang menyambung tugas yang diamanahkan kepadaku. Sepanjang 'cuti' yang tidak tahu bilakah tempoh tamatnya, berbagai-bagai perancangan mahu dilakukan. Jadi guru ganti, berniaga, kerja di market dan lain-lain. Moga perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar.


Ketika berada di dalam kelas bersama dengan rakan-rakan perjuangan beberapa hari yang lepas, timbul isu rokok yang dikeluarkan oleh pensyarah kami. Ustaz merokok! Panas dan hangat isunya. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar terhadap perdebatan yang rancak berlaku antara dua orang rakan sekelasku. Secara peribadi memang aku sendiri tidak setuju seorang yang bergelar ustaz merokok. Bukan sahaja ustaz, cikgu, pensyarah, dan sesiapa sahaja.  Bagi aku, rokok ini umpama membakar duit yang dicari. Penat lelah bekerja mencari rezeki, namun selepas itu membakarnya pula. Macam kerja sia-sia sahaja. Moga-moga  sahabat-sahabat yang merokok meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan itu.


*Pulang ke Semenanjung pada 13 Jun 2013 jam 10.45 pagi ......








No comments:

Post a Comment