Friday, March 5, 2010

PeRtUmBuHaN & PeRkEmBaNgAn KaNaK2

Assalamualaikum wr. wbt.. salam perjuangan buat sahabat sekalian...apa khabar? harap Asihat2 sokmo hendaknya...Pada kali ini aku ingin membicarakan apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak2...mesti korang terfikir kenapalah tetiba aku ingin membicarakan topik yang sedemikian rupa...hahahaha..

Tiada apa yang pelik...Ye la, kita dlahirkan mestilah dimulakan dengan menjadi seorang kanak-kanak.. Atau yang lebih tepat kita dilahirkan adalah sebagai seorang bayi. Setelah itu, kita beralih pula kepada peringkat kanak-kanak. Di peringkat inilah kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang begitu ketara...

Kejadian manusia bermula daripada satu sel hasil persenyawaan benih ibu dan bapa. Benih ibu dipanggil ovum sementara benih bapa dipanggil sperma.Selepas dua minggu sel ini akan berbentuk seperti bola kecil yang dipanggil zaigot. Zaigot akan berubah menjadi lembaga dalam masa tiga hingga lima minggu, kemudian ia berubah menjadi janin.Janin dikandung oleh ibu selama lebih kurang sembilan bulan sebelum dilahirkan. Janin selepas dilahirkan dinamakan bayi.Bayi akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar.Pertumbuhan kanak-kanak memerlukan perhatian yang teliti dari segi jasmani dan rohani. Kanak-kanak yang mempunyai latarbelakan yang tidak baik lazimnya akan menjadi belia atau orang-orang dewasa yag kurang sempurna atau kurang sifatnya.


Definisi Perkembangan
Proses Perkembangan

1. Proses perkembangan adalah perubahan yang berlaku dari segi kualiti. Perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti.
2. Tetapi ia boleh dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk.
3. Perkembangan manusia merupakan satu proses yang rumit dan berlaku secara terus menerus dari peringkat awal kejadian bayi hinggalah ke akhir hayat. Proses ini menunjukkan hubungan rapat di antara struktur badan manusia, tugas tiap-tiap anggota dan kematangan system urat saraf.
4. Contohnya, seorang bayi tidak akan dapat berjalan sekali pun kita melatihnya setiap hari. Keadaan ini disebabkan system saraf bayi itu belum matang untuk berfungsi.
5. Ini bermakna perkembangan tiap-tiap bahagian anggota mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan badan keseluruhannya.


Proses Pertumbuhan

1. Pertumbuhan merupakan satu proses secara kuantiti perubahan fiziakl yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu masa ke masa yang lain.
2. Tanda-tanda pertumbuhan yang nyata berlaku pada kanak-kanak ialah apabila saiz dan struktur badannya membesar, dan apabila tinggi dan berat badannya boleh diukur.
3. Organ-organ bahagian dalaman seperti otak juga membesar.
4. Dalam proses pertumbuhan, kanak-kanak akan mula meninggalkan ciri-ciri keanak-anakannya dan menambah ciri-ciri yang baru.
5. Contohnya, sewaktu masih kecil kanak-kanak lazimnya lebih suka bermain sendirian, tetapi apabila semakin matang, mereka lebih banyak berinterak si dengan orang dewasa dan dengan kanak-kanak lain serta menunjukkan sifat mahu bekerjasama.
6. Umumnya, kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan yang sama, tetapi kadar pertumbuhannya berlainan.
7. Masa atau kadar pertumbuhan yang cepat berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 0-2 tahun dan 10-16 tahun.
8. Sementara masa pertumbuhan yang lambat berlaku pada umur 2-10 tahun dan 16 tahun hinggalah peringkat tua. Semasa tua pertumbuhan akan mendatar dan berhenti.

Sifat Pertumbuhan Dan Perkembangan.

1. Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut arah yang tertentu.
2. Proses ini boleh dibahagikan kepada: pertama, dari arah kepala ke kaki yang dipanggil sephalokaudal; kedua, dari arah ke tepi yang dipanggil proximodistal; dan ketiga dari arah yang tidak menentu ke arah yang tertentu yang dipanggil mass to specific.
3. Mengikut arah sephalokaudal
Perubahan pada struktur dan fungsi terlebih dahulu berlaku di bahagian kepala, kemudian bahagian badan dan akhirnya di bahagian kaki.Contohnya, bayi yang baru lahir hanya dapat mengawal bahagian kepalanya (termasuk mata, mulut dan hidung) sebelum dapat mengawal tangan dan bahagian bawah badannya.
4. Perkembangan ikut arah proximodistal
Memulai proses perkembangan bahagian tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan seterusnya ke hujung anggota.
Perkembangan cara ini terjadi sejak bayi berada dalam kandungan ibunya; iaitu daripada segumpal darah akan terbentuk kepala, kaki dan tangan, membentuk satu lembaga seperti manusia.
Tahun pertama, kanak-kanak hanya dapat menggunakan anggota yang paling hampir dengan bahagian tengah badan seperti bahu dan siku. Kemudian, beransur-ansur dia akan menggunakan tangan dan jari-jarinya.
5. Perkembangan dari arah yang tidak menentu ke arah yang lebih khusus; Mass to specific.
Contohnya, seorang kanak-kanak susah untuk menyuap makanannya sendiri; jika dia cuba berbuat demikian, makanan yang disuap itu mungkinlebih banyak terkeluar daripada bahagian mulutnya sendiri.
Apabila usianya meningkat, dia akan dapat mengawal atau menggabungkan pergerakannya dengan lebih baik dan teratur samada pergerakan yang besar atau pergerakan yang halus.


Faktor yang mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak.


a) Baka
Semasa persenyawaan berlaku terdapat penggabunggan gen-gen ibu dan bapa. Gen mengandungi persediaan untuk melahirkan keturunan, dan bayi yang akan lahir akan mewarisi sifat-sifat ibubapanya. Di antara sifat-sifat umum yang akan diwarisinya ialah jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan dan sifat-sifat fizikal yang ganjil.Selain itu, bayi akan mewarisi penyakit ibu atau bapanya. Contoh penyakit yang biasa diwarisi ialah muscular dystrophy, albonism dan anemia.Kesan idapan penyakit ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu terbantut.

b) Alam sekitar
Keadaan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan serta perkembangan individu iaitu semasa bayi masih dalam kandungan. Terdapat 2 faktor utama mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

i) Makanan
- Semasa mengandung ibu mestilah mengambil berat tentang soal makanan. Makanan hendaklah seimbang untuk menjamin kesihatan bayi dalam kandungan.
- Bayi mendapat bekalan makanan daripada apa yang dimakan oleh ibunya.
- Selepas dilahirkan, bayi juga memerluakn zat-zat makanan yang cukup untuk membesar.
- Makanan itu akan membekalkan tenaga, memperbaiki sel-sel yang rosak dan membina sel-sel yang baru.
- Makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

ii) Kesihatan
- Taraf kesihatan yang tinggi akan mempercepatkan pertumbuahn dan perkembangan kanak-kanakmengikut kadar yang biasa.
- Kanak-kanak tidak sihat dan berpenyakit akan mengalami kadar pertumbuhan dan perkembangan yang agak lambat.
- Keadaan persekitaran yang sihat seperti keadaan sekeliling yang bersih udaranya, tidak tercemar oleh asap kilang dan kenderaan dsb.


c) Rumah dan Keluarga.
Rumahtangga merupakan asas yang mempengaruhi pembentukan sikap seseorang kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak cuba memperkenalkan dirinya mengikut tingkahlaku ahli-ahli keluarga dan cuba menyesuaikan dirinya dengan setiap ahli keluarga. Semasa kanak-kanak membesar banyak perubahan akan dialami sama ada hasil daripada pengalaman mahupun penjagaan serta perhatian yang diterimanya. Penerimaan atau kesan pengaruh keluarga berbeza mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak kecil lazimnya lebih banyak mendapat pengaruh daripada keluarga. Oleh itu, penting untuk sesebuah keluaraga menunjukkan contoh atau amalan yang sihat dan sejahtera bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik.



No comments:

Post a Comment