Tuesday, December 20, 2011

Kanser Paru-paru

Assalamualaikum wr. wbt..

Apa khabar iman, apa khabar kesihatan sahabat2 seperjuangan? Moga-moga berada dalam kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Baru sekejap tadi aku menerima mesej daripada senior Perdana UKM memaklumkan bahawa seorang sahabat kami telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3. Untuk makluman, tahap 4 adalah tahap akhir yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Sahabat kami ini merupakan seorang guru yang bertugas di Sabah dan baru selesai melangsungkan perkahwinan pada 6 Disember 2011 yang lepas.

Untuk makluman, beliau kini berulang-alik dari rumahnya di Bachok ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi dan doktor menasihati beliau agar menukarkan rawatan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Aku mohon agar sahabat2 sama2 mendoakan kesejahteraan kesihatan sahabat kami ini (Mohd Faisal Mohd Mokhtar)

1 comment:

  1. Syafakallah buat saudara (Mohd Faisal Mohd Mokhtar)..moga Allah menyembuhkan nya seperti sedia kala, amin

    ReplyDelete