Monday, December 13, 2010

OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)


Pada 8 hingga 10 Disember 2010 yang lalu Twintech International University College of Technology telah mengadakan program Outcome Based Education (OBE) yang disertai oleh semua tenaga pengajar kolej ini. Program selama tiga hari ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu seramai 35-40 orang akan menghadirinya setiap hari. Program ini diuruskan dan dijayakan oleh Fakulti Pendidikan Twintech...fakulti akulah tu...hehehe..


Mesti sahabat2 tertanya2 apa bendanya OBE ni kan...OBE ini diadakan adalah bertujuang untuk perkongsian ilmu antara Encik Sallehuddin Ismail selaku Dekan Fakulti Pendidikan dan Puan Nurliza Haslin Muslim selaku pensyarah di Fakulti Bisness dengan semua pensyarah di Twintech ini bagi menyiapkan dokumen COPPA iaitu sebuah dokumen yang perlu disediakan oleh semua IPTA@IPTS berkaitan kursus yang ditawarkan. COPPA ni ialah Kod Amalan Akreditasi Program. Dokumen ini adalah bagi memenuhi prasyarat yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk kelulusan Adektrasi. Kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan MQA @ COPPA ni sahabat2 bolehlah melayari web ni.. http://www.mqa.gov.my


So, kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika program tersebut...



Pembentangan oleh Puan Nurliza Haslin Muslim


Khusyuk mendengar...


Lunch disediakan oleh HR


FABE


FABE


Fakulti Bioteknologi dibantu oleh CFS


Pembentangan oleh En. Sallehuddin


CLMS


FBF


Perbincangan semasa sesi "Group Work"


Pembentangan dari wakil FBF


Ape hal lak tunjuk kasut nii...hehehe


Pembentangan oleh Mr. Salam wakil dari FCSM



Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment