Assalamualaikum wr. wbt...Pagi Khamis nan indah, sama2lah kita bermunajat pada-Nya Rabbul Izzati..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang telah membawa agama Islam yang suci kepada seluruh umat Islam..Hari ini aku ingin mengajak sahabat2 untuk sama2 kita melakukan puasa sunat pada hari Khamis...JOM...
PENYAKIT... satu perkataan atau ungkapan yang sering kita takuti..Tidak kiralah penyakit itu berkaitan dengan apa sekalipun. Penyakit yang paling ditakuti sekarang ialah penyakit2 kronik seperti Kanser (bermacam2 kanser), jantung, kencing manis, darah tinggi, lelah (asma) dan bermacam2 lagi penyakit yang ada..
Kalau kita melihat dari sudut lain, penyakit yang selain dari itu pun menakutkan manusia. Contohnya penyakit gila bayang, penyakit angau, dan macam2 lagilah. Aku ni tak reti sangat pasal penyakit ni..
Namun pada pagi in aku ingin membicarakan tentang PENYAKIT HATI.. Ya, penyakit yang sering berlaku ke atas setiap umat di atas muka bumi ini.. Apakah itu penyakit hati yang aku maksudkan??
Terdapat 7 penyakit hati yang dikategorikan dalam sebuah buku pembacaanku iaitu buku yang bertajuk " Merawat Tujuh Penyakit Hati " . Penyakit2 hati tersebut adalah seperti berikut :
1. Membanggakan Diri
2. Terpedaya dgn perasaan sendiri
3. Sombong atau bongkak
4. Suka menunjuk-nunjuk
5. Buruk sangka
6. Kikir
7. Dendam
Rasulullah S.A.W bersabda :
Sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik,akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh amalnya.Ketahuilah ia adalah hati.(hadis riwayat Ahmad)
Jadi untuk mengetahui apakah huraian berkaitan penyakit2 hati ini, sama2lah kita tunggu untuk entri seterusnya kerana aku mahu bersiap ke tempat kerja ni...
*Peringatan kepada diri sendiri
No comments:
Post a Comment