Subuhnya:
Di mana aku berada
Masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus bercelaru terlupa
Aku semakin di hujung rindu
Siapa aku di depan Tuhanku….
Zuhurnya:
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Tuhanku…
Asarnya:
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan kopiku
Terlupa panas tidak di hujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang si Tuah yang setia dan
Si Jebat yang derhaka
Siapa aku di depan Tuhanku…
Maghribnya:
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku….
Isyaknya:
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan menggangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku….
Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan masjid manjadi sepi
Kerana dihujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
Di sini jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang
salam
ReplyDeletepuisi yg menarik, maksud yg mendalam. terkesan.