Friday, December 17, 2010

Sebelum Terlena

Assalamualaikum wr. wbt..Alhamdulillah sampai sudah aku di Kelantan jam 5.15 pagi di bandar Kota Bharu sebelum sampai di rumah jam 6.10 pagi...Broadband terus menjadi mangsa untuk aku meng-update blog ini.hehehe..Malam tadi ketika dalam perjalanan pulang, maka melayanlah lagu2 nasyid tempatan ni…Ada satu lagu yang begitu menyentuh hati di kala embun pagi sedang turun iaitu nasyid oleh kumpulan Hijaz iaitu “SEBELUM TERLENA”. Sama2lah kita menghayati lirik lagu ini.. Semoga sama2 kita bermuhasabah diri..Insya Allah

Sebelum Terlena

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu


*Peringatan kepada diri sendiri

No comments:

Post a Comment