Assalamualaikum wr. wbt..
Tanggal 20 Disember 1952 telah lahir seorang bayi lelaki di Kota Bharu, Kelantan. Anak kepada Yusoff bin Mamat dan Minah binti Kadir ini memulakan persekolahan di Kota Bharu. Beliau mula bekerja sebagai penghantar notis dengan gaji RM70 sebulan. Mengayuh basikal dari Kota Bharu ke Tumpat setiap hari itulah tugasnya. Walau jauh perjalanan, itulah amanah yang diletakkan ke atas beliau.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang Esa. Akhirnya beliau telah diijabkabulkan dengan Naemah binti Kamaruddin dengan jarak usia antara mereka ialah lapan tahun iaitu pada tahun 1981. Anak pertama dan kedua yang dicadangkan nama Ummi Kalthum dan Siti Hawa bagaimanapun tidak sempat melihat dunia kerana kedua-duanya meninggal akibat keguguran. Namun, itu hanyalah ujian dari Yang Maha Kuasa, pasangan tersebut dikurniakan 7 lagi cahaya mata yang sekarang berusia antara 17 hingga 26 tahun.
20 Disember 2010 merupakan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 58 dan merupakan hari pencen beliau setelah bekerja sebagai Pembantu Penggawa di Kompleks Penggawa Daerah Pengkalan Kubor selama lebih kurang 25 tahun dan sebelum itu di beberapa tempat di sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah. Pada tarikh ini jugalah anak bongsu kepada pasangan ini telah menduduki kertas terakhir SPM jam 4.00 petang.
Selamat Hari Lahir buat abahku Supi bin Yusoff yang kini baru pencen dari kerjanya namun masih lagi tidak pencen dalam melaksanakan tugas seorang suami dan bapa kepada tujuh anak. Semoga abah panjang umur, sihat2 sokmo dan dimurahkan rezeki. Kesihatan itulah yang akan digunakan untuk membuat amal ibadat kepada Pencipta alam ini.

No comments:
Post a Comment