Thursday, December 16, 2010

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM

PART 3


FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

Melihat kepada benda benda kotor.
Melihat kepada palang + salib.
melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis.


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori
..makanan penyebab lupa..
1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.



Islam Menjamin Kesihatan

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t., mestilah memelihara kesihatan tersebut.

Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis, "Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna." Bahkan Baginda sendiri mengajarkan umatnya supaya mengamalkan selawat shifak.

Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam surah al-Kauthar ayat 8:

"Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat," ialah nikmat kesihatan. Manusia akan di pertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.

Jika diteliti syariat Islam yang diturunkan Allah kesemuanya diturunkan untuk memelihara kesihatan manusia. Cuma skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spiritual, keturunan dan harta. Setiap sesuatu yang diharamkan syariat adalah disebabkan Allah tahu ia memudaratkan kesihatan manusia. Setiap yang dihalalkan pula sudah pasti boleh memanfaatkan mereka.

Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’.

Islam menyeru supaya umatnya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal dan baik atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang. Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang lahir juga baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minumlah tapi jangan melebih-lebih. Ini diperakui oleh para doktor bahawa makan yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit obesiti atau terlebih gemuk. Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya supaya makan dengan tiga jari yang bermaksud memperkecilkan suapan, begitu juga pesan Baginda supaya umatnya membahagikan perut kepada tiga bahagian. Satu untuk makan, satu untuk minum dan satu lagi untuk pernafasan.

Setengah daripada kita ada tabiat buruk dalam adab makan. Walaupun perutnya kenyang tetapi disebabkan ada kawan yang mempelawa makan percuma, dia masih sanggup mengisi lagi perut yang sudah penuh. Tidak kurang juga yang dapat peluang makan percuma di rumah terbuka atau jamuan akan mengambil peluang makan seolah-olah dia makan untuk seminggu. Ramai juga yang tidak menahan nafsu melihat deretan panjang makanan dalam jamuan bufet, lalu diambil kesemuanya hingga membukit di pinggan. Akhirnya bila tidak termakan ia dibuang begitu sahaja.

Kebersihan juga memainkan peranan penting untuk menjamin kesihatan. Banyak hadis yang mengajak umat mengamalkan kebersihan seperti seruan sugi gigi setiap kali sebelum solat. Ini bererti seorang Islam akan menggosok gigi sekurang-kurangnya lima kali sehari. Begitu juga larangan melonggok sampah di sudut rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Janganlah kamu suka melonggokkan sampah di depan rumah seperti orang Yahudi."

Demi menjamin kesihatan, orang Islam diarahkan supaya memberi hak pada setiap anggota tubuh badan supaya tercegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tubuh badan wajar diberi hak rehat dan juga hak bergerak. Banyak riwayat daripada Rasulullah s.a.w. menceritakan kelebihan berjoging misalnya. Begitu juga untuk hak rehat, ada waktu tertentu yang disuruh kita tidur. Pernah satu hari baginda Rasulullah s.a.w. melihat anaknya Fatimah tidur semula selepas Subuh lalu baginda terus mengejutkannya dan berkata, "Adakah kamu akan tidur pada waktu Allah sedang membahagikan rezekinya?"

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa gersang. Akhirnya jiwa ini akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di dalamnya.

Tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

No comments:

Post a Comment