Thursday, February 24, 2011

9/10 Rezeki

Assalamualaikum wr. wbt..

Salam ukhwah buat sahabat semua. Pada kali ini aku ingin membicarakan sedikit perkongsian berkaitan dengan perniagaan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, 9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Contoh yang paling senang dilihat dan dicontohi adalah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan seorang peniaga yang berjaya. Sebentar tadi aku menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Tajuk yang diutarakan adalah berkaitan perniagaan. Di sini ada sedikit input yang aku ingin kongsikan setelah menonton rancangan tersebut.

Ciri-ciri Seorang Peniaga Islam :-

1 - JUJUR : seseorang peniaga haruslah mempunyai sifat jujur dalam dirinya. Melalui sikap jujur dalam perniagaan, akan berolehlah keberkatan daripada Allah SWT. Keberkatan inilah yang amat penting kerana tanpa keberkatan, perniagaan yang diusahakan tidak akan bertahan lama

2 - BERTOLAK-ANSUR : sikap bertolak-ansur perlu wujud dalam diri peniaga kerana ia akan mendatangkan kelancaran dalam perniagaan. Contoh yang dapat kita lihat adalah semasa proses jual beli wujudnya tawar-menawar antara pembeli dan penjual. Maka penjual haruslah bertolak ansur dengan pembeli dalam proses tawar-menawar harga barangan tersebut

3 - SEDEKAH : Sedekah semestinya sikap yang mulia yang perlu ada pada diri setiap mukmin. Dalam perniagaan, peniaga boleh menggunakan cara bersedekah. Contoh ynag kita dapat lihat ialah dalam urusan jual beli buah-buahan. Timbangan bagi buah-buahan oleh peniaga perlulah dilebihkan timbangannya agar tidak berlaku was-was dalam timbangan.



Tips2 Melariskan Perniagaan :

1 - Jangan tinggalkan solat lima waktu kerana solat merupakan tiang agama dan tiang dalam segala amal yang kita kerjakan.

2 - Solat sunat Dhuha setiap hari. Ini kerana solat sunat Dhuha merupakan salah satu pintu rezeki umat Islam

3 - Membaca surah al-Waqiah pada setiap malam kerana melalui amalan surah ini Insya Allah pembacanya tidak akan berada dalam kepapaan

4 - Banyakkan istiqhfar

5 - Produk yang dijual mestilah memenuhi pasaran @ kehendak masyarakat/pengguna

6 - Senantiasa senyum ketika berniaga kerana senyuman itu juga merupakan sedekah.



2 comments:

  1. salam.. sy nak minta pandangan.

    Kita membeli brg untuk sahabat yang menempah, cthnya: brg tersebut harganya RM22.85, boleh ke kita genapkan rm23?

    terima kasih didahulukan.

    ReplyDelete
  2. w`salam..pandangan sy ni pun setelah merujuk seorang ustaz di tempat kerja.

    ada dua keadaan. situasi pertama adalah sahabat yang menempah barang tahu harga barang tersebut. contohnya : wan, tolong belikan aku keropok jika kau balik kampung nanti ye.

    harga keropok ialah rm1.20 dan wan tahu harga keropok itu. maka jikalau kita ingin menggenapkan kepada rm1.50 atau mana2 harga, kita WAJIB memberitahu sahabat kita itu kerana dibimbangi berlakunya gharar.

    situasi kedua adalah sahabat menempah barang dengan kita namun beliau tidak tahu harga barang tersebut. maka, kita boleh menggenapkan harga barang yang ditempah tanpa memberitahu beliau.

    ReplyDelete