Friday, February 11, 2011

14 Febuari ...

Assalamualaikum wr. wbt..

Saban hari ramai yang memperkatakan tentang sambutan hari Valentine Day. Ada ramai pihak yang menyelar, namun sejauh manakah langkah atau cara yang dibuat bagi membendung hari tersebut daripada diraikan oleh umat Islam dewasa ini.


Hari ini aku bukan ingin memperkatakan tentang sejarah hari Valentine, namun ia lebih kepada sedikit perkongsian dalam khutbah Jumaat pada hari ini. Jika ingin kepada sejarah Valentine day, bagaimana ianya disambut, kenapa ia disambut, apakah hukumnya sambutan ini, dan sebagainya berkaitan Valentine day ini eloklah kiranya sahabat2 'search' sahaja dalam internet. Telah banyak yang diperkatakan. Moga2 sahabat2 dapat memahami setelah membaca berkenaan Valentine day dalam blog2 sahabat2 blogger dan dalam banyak artikel dalam laman sesawang.

Memang khutbah Jumaat hari ini berkisar kepada hari Valentine day yang mana Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa HARAM sambutan tersebut bagi umat ISLAM.


Apa yang aku ingin kongsikan lebih kepada kaitan tersebut adalah dalam khutbah yang disampaikan oleh khatib tadi yang menyatakan dari tahun 2002 hingga tahun 2010 terdapat lebih 200 000 bayi yang didaftarakan di Pejabat Pendaftaran di MALAYSIA TANPA SIJIL KAHWIN atau dengan erti kata lain tanpa bapa atau kata lainnya anak luar nikah Apa maknanya tu?? Masya Allah sahabat2..dalam tempoh 9 tahun terdapat jumlah yang sebegitu ramai...Beginikah negara Islam yang diakui oleh pemimpim dan rakyatnya kepada dunia??

Aku begitu terkejut dengan bilangan yang dinyatakan oleh khatib itu. Dari mana sumbernya aku tidak pasti, namun apa yang disampaikan itu jika tidak benar tidak akan diwar-warkan kepada umum melalui masjid.

Bagaimana dengan anak2 kita pada masa akan datang jika perkara sebegini semakin berleluasa? Bagaimana pula dengan adik2 kita, para pelajar kita, jiran tetangga kita, masyarakat sekeliling kita?? Semua ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membendung masalah ZINA ini.

Apa kaitannya aku bicarakan hal ini dengan Valentine day??Ada kaitannya kerana Valentine ni biasanya akan dikaitkan dengan cinta kasih sayang yang ingin dibuktikan oleh pasangan terhadap pasangannya bagi membuktikan kecintaannya yang tidak berbelah bagi.

Pujuk rayu jantan keparat menjadikan betina gatal menjadi lemah. Maka ternodalah dia di malam keramat syaitan bagi membuktikan cinta itu.

Rentetan itulah timbulnya zina kali pertama, disusuli kali kedua dan seterusnya dan diakhiri dengan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, bunuh diri kerna malu mengandungkan anak luar nikah dan sebagainya.

Oleh itu, tibalah masa kita sebagai muslimin dan muslimat untuk membantu dan menyokong dalam usaha memerangi maksiat. Ia bukanlah semata-mata dilakukan sempena tarikh2 tertentu semata2 seperti tahun baru, hari kemerdekaan, hari perayaan, dan sebagainya tetapi perlu dilakukan secara berterusan. Kesinambungan pencegahan adalah amat perlu.

AYUH sahabat2..Sama2 kita memerangi gejala yang tidak sihat ini.

* Peringatan kepada diri sendiri

2 comments: