Tuesday, May 12, 2009

Projek ILmiaH

Penat, Letih, Tertekan, Serabut....Inilah antara gambaran yang diungkapkan oleh para sahabatku berkaitan dengan projek ilmiah yang sedang kami laksanakan sekarang. Mana tidaknya, ada dikalangan sahabat2 yang sudah pulang ke kampung halaman kerana mereka telah menyiapkan dan menghantar projek ilmiah tersebut.

Aku juga merasa tertekan dengan projek ilmiah ini. Namun atas dorongan dan sokongan yang diberikan oleh family, sahabat2 dan beberapa orang yang berkaitan dengan hidupku telah membuatkan aku merasa bersemangat untuk menyiapkan projek ilmiah ini. Tajuk yang aku buat bukannya susah, tapi untuk mencari kitab2 yang mu`tabar adalah sukar bagiku kerana aku seorang yang lemah dalam bahasa Arab walaupun berada dalam bidang pengajian arab.hehehe.

Namun disebalik tekanan yang dirasai, sebenarnya melalui projek ilmiah yang aku sedang siapkan ini, ada beberapa kebaikan dan hikmah yang aku dapatinya. Antaranya, aku dapat memahami secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan tajuk projek ilmiahku ini iaitu berkaitan Kecemerlangan Islam di India Semasa Pemerintahan Maharaja Akbar dan Syah Jahan. Kedua, sedang aku menyiapkan projek ilmiah ini, dapat jua aku menghasilkan blog ini. Sebenarnya niat untuk membuat blog sudah lama terpendam dalam diri, namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, ianya terbengkalai sehinggalah ia dapat dihasilkan sekarang.

Ketiga, aku dapat merasai keindahan suasana di bumi UKM ini. Walaupun sudah tiga tahun berada di perbukitan UKM ini, namun aku tidak dapat merasai suasana keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa di sini kerana buat2 sibuk dengan xsgment, tido memanjang, memerap dalam bilik, lepak di bilik2 member dan sebagainya. Oleh itu, baki hari2 yang ada ini, aku cuba hayati keindahan UKM ini.

Keempat, penambahan ilmu. Ianya simple sahaja. Sewaktu sedang mengedit atau menaip projek ilmiah ini, aku cepat merasa bosan kerana aku tinggal di bilik single dan jauh dari kolej sahabat2 yang lain. Jadi, cara yang aku lakukan adalah aku melawati blog2 yang dicadangkan oleh sahabatku. Antaranya blog Genta-rasa yang aku lawatinya setiap hari, Saifulislam, Ibrah Sejarah dan sebagainya. Cara ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu padaku seorang yang cetek ilmu ini.

Banyak lagi hikmah dan kebaikan yang aku dapat dalam proses menyiapkan projek ilmiah ini. Namun, bagiku apa yang penting sekarang, jangan tension atau terlalu tertekan. Jika tension jugak, ada ubatnya...buat solat sunat dan baca al-Quran. Cara itu dapat juga menenangkan jiwa yang sedang tertekan itu.

Aku harap semoga projek ilmiah yang sedang aku siapkan ini dapat aku siapkan dan hantar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang masalah atau kesulitan. Buat sahabat2 seperjuangan yang masih juga belum menyiapkan projek ilmiah ini, selamat bertesis, selamat mengedit, selamat menjilid dan selamat semuanya. Semoga segala gerak kerja yang kita lakukan adalah kerana Allah taala. Insya Allah

No comments:

Post a Comment