Monday, July 18, 2011

Satu Jam Di Tadika Sri Comel Manja

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat seperjuangan Islam Baginda.

Pagi tadi aku berkesempatan pergi ke Tadika Sri Comel Manja yang terletak di Bandar Sri Damansara. Tadika ini merupakan tadika yang menjalinkan kerjasama dengan tempat aku bekerja sekarang. Tujuan aku pergi ke sana adalah untuk berjumpa dengan Puan Hasnah bt Embi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Umi'.

Sesampainya dalam tadika berkenaan, seperti kebiasaan, para pelajar 4 tahun menyambutku dengan senyuman sipu-sipu antara mereka. Namun dalam malu-malu pun, mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan aku. Tidak lain adalah kanak-kanak perempuan.

Teringat aku ketika mengajar tadika di Puchong dulu. Begitulah kemesraan para pelajar terhadap aku. Nurin, Sarah dan Adam merupakan antara pelajar 4 tahun yang paling awal menyambut kedatanganku. Jika di Puchong dulu, Erin, Syila Farhana, Aisyah, Nisa dan Nabil adalah pelajar yang paling rapat dan Syila Farhana merupakan pelajar paling menambat hatiku. Bukan kerana dia pelajar yang pandai, tapi kerana dia seorang yang manja. Mana tidaknya, jika ada pelajar lain yang berada di samping aku, Syila Farhana akan berebut dengan rakan-rakannya untuk berada di sampingku juga. Banyak kali juga dia merajuk gara-gara dia melihat aku melayan rakan-rakannya yang lain dan tidak melayan dia. Pernah sekali dia merajuk sehinggakan sehari tu dia tidak mahu bercakap dengan aku..hehehe...Seronok sangat kenangan dengan mereka.


Berbalik kepada pelajar-pelajar di Tadika Sri Comel Manja pula, setelah bersalaman, mereka duduk berdampingan denganku. Antara yang melucukan pada pagi tadi adalah Nurin bertanya "Ustaz, kenapa ada rambut panjang di dagu ustaz?" Sambil-sambil itu dia mengusap 'rambut' tersebut, diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Masakan tidak lucu, 'rambut' yang disebut mereka adalah janggutku. Elok je mereka membelainya.Hehehe..

Dalam melayan kanak-kanak 4 tahun tersebut, datanglah seorang lagi sambil tersipu-sipu. Aku lihat dia, dia masamkan muka, pastu aku tanya nama dia. Syikin namanya. Selepas itu, aku duduk bersila melayan mereka. Kebetulan pada waktu tersebut (sekitar jam 9.45pagi) aktiviti yang sedang mereka jalankan adalah mewarna. Syikin dan Nurin mengambil pensel warna dan meletakkan semuanya berdekatan tempat aku duduk. Selepas itu mereka mula mengutip balik pensel-pensel warna tersebut dengan label 'Milo' adalah pilihan Syikin. Setelah selesai mengutip semua pensel warna yang berlabel 'Milo', maka Syikin menyerahkan semuanya kepada aku. Eh eh budak nie, nak ajak aku mewarna sekali ke.. 'Syikin nak bagi kat ustaz ke?' Syikin menjawab 'nak suruh ustaz pegang kejap je'..Hahaha.macam-macam ragam kanak-kanak ni..


Usai melayan kanak-kanak tersebut, Umi pun datang dan menjemput aku masuk ke biliknya. Adam, Nurin dan Sarah mengikut aku masuk ke dalam bilik tersebut. Kebetulan waktu itu pula adalah waktu rehat. Syila ' Kat umah kite kan kan, ade baby...ade bear yang besaaar....lagi lagi laagi kan..umah kite ade bilik yang cantik..mak kite yang tolong belikan barang-barang tu'. Nurin ' umah kite pulak ade baaanyak mainan..taaapi, mak kite tak kasi kite bawak kat sekolah..mak kite cakap nanti cikgu rampas'..Adam pula dengan gayanya tersendiri. Dia memaut leher aku dan panjat ke atas badan aku. Masya Allah budak ni..tapi nasib baiklah perkara macam ni dah biasa aku lalui ketika mengajar tadika di Puchong dulu. Lepas panjat badan aku, dia pun picit-picit belakang aku. Inilah kanak-kanak, walaupun aku jarang ke sana, namun mereka tetap ingat aku.

Perbincangan dengan umi pun berjalan selama hampir 40 minit dan perbincangan kami berakhir dengan kehadiran pembekal beg untuk berjumpa umi.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini, kanak-kanak merupakan insan kecil yang sensitif dan kita sebagai ibubapa, abang, kakak, penjaga dan guru perlulah memahami bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan mereka. Kanak-kanak seusia 4 hingga 6 tahun adalah berbeza dengan kanak-kanak di sekolah rendah kerana mereka baru hendak belajar bagaimana cara berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru, alam sekitar dan sebagainya. Mereka juga baru hendak belajar cara-cara bermain, bergaul, bercakap tanpa rasa segan dan malu .

Perkembangan emosi kanak-kanak adalah amat penting dalam membentuk kanak-kanak yang berjaya di masa akan datang. Oleh itu, nasihat aku kepada sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga, yang bakal menjadi ibubapa, yang bercita-cita ingin berkahwin, yang telah menjadi ibubapa atau sesiapa sahaja yang berkait dengannya, silalah belajar cara-cara mendidik anak, silalah ambil cakna tentang bagaimana cara untuk menjaga emosi anak-anak dan hal-hal yang seangkatan dengannya..

2 comments:

  1. Salah satu cara untuk mendapat hakikat ikram muslimin adalah dengan mengasihi kanak - kanak...
    Insyaallah...
    (^-^)

    Tapi syg, tak ada sekeping pun gambar budak2 tu... Apa2 pun boleh bayang kecomelan dyorang. (^__^)

    ReplyDelete
  2. RuMaH TuA : betul, mengasihi kanak-kanak juga dapat menyejukkan hati di kala resah. gambar erk?? insya Allah dimasukkan nanti (",)

    ReplyDelete