TUMPAT, 22 Julai: Ribuan rakyat Kelantan mulai memenuhi pantai Geting, menyaksikan pasca Bersih merebak ke Pantai Timur. Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan diadakan bermula pagi ini menghimpunkan petugas PAS dari seluruh Kelantan. Ribuan memenuhi perkarangan pantai Geting, tempat rehlah tidak jauh Pekan Tumpat. Program tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. (Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (Merak) Azaizuree Ahmad menyampaikan ikrar anak muda di hadapan pemimpinan PAS negeri Kelantan.) Program dimulakan dengan bacaan al Quran johan tilawah al Quran peringkat Asean 2010, Mohd Najib Nasuruddin. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas merupakan anak kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Pantai Geting yang terletak tidak jauh dari pusat perkelahan terkenal, Pantai Sri Tujuh menjadi tumpuan sejak awal pagi lagi. Malah petugas ijtimak bertungkus lumus sejak malam tadi. Sebanyak 13 lembu dikorbankan sebagai jamuan peserta ijtimak. Dijangka kira-kira 20,000 petugas pilihan raya dari seluruh Kelantan berhimpun pada program sehari ini. Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan mengalu-alukan kedatangan peserta pada perhimpunan, sebagai kesungguhan membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang. Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Ahmad Yakob berkata, banyak isu yang dibangkitkan pihak lawan sebelum ini termasuk berkaitan Ladang Rakyat kini mulai reda. (Nik Aziz bersama sebahagian saf pimpinan PAS Kelantan selepas majlis perasmian ijtima PAS Kelantan) “Usaha pihak lawan membangkitkan pelbagai isu bagi menghodohkan wajah kerajaan negeri ternyata gagal apabila rakyat mulai faham isu sebenar yang berlaku,” ujarnya. Perasmian ijtimak sedang berlangsung sekarang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama seluruh pimpinan PAS Negeri dan wakil-wakil rakyat. |
Thursday, July 21, 2011
Ribuan rakyat Kelantan berhimpun di TUMPAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment