Assalamualaikum wr. wbt...Salam ukhwah salam pejuang2 Islam kepada sahabat2. Hari ini aku ingin berkongsi satu lirik dikir barat. Jika kebanyakan blogger biasanya hanya memasukkan lirik nasyid untuk santapan rohani, namun pada kali ini aku akan berkongsi lirik dikir barat. Bagi aku, apabila mendengar dan menghayati berulang kali dikir barat nyanyian Cikgu Suzily ini, ia mendatangkan satu keinsafan kepada diriku ini. Aku sendiri pun ketika mengajar jarang-jarang aku selitkan unsur kerohanian dalam pengajaran. Itulah kesilapanku. Sama2lah kita menghayati lirik dikir barat ini. Jika terdapat kesilapan dalam aku mengedit dan mengalih bahasa iaitu loghat/dielek Kelantan kepada ayat standard Bahasa Melayu, aku mohon maaf kepada penulis lirik asal dan penyanyi lagu ini.Semoga kita sama2 dapat menghayati dan memahami makna di sebalik rangkap2 bait lirik ini.Semoga manfaat dapat dikongsi bersama..
CIKGU SUZILY – PENCARIAN
CIKGU SUZILY – PENCARIAN
Inilah dia kuasa Tuhan
Tiada siapa yang boleh sekat
Sejuk panas ribut dan hujan
Gempa bumi, banjir dan kilat
Cahaya siang dan malam
Boleh bertukar cerah kepada gelap
Hari, minggu berganti bulan
Habis tahun bertukar abad
Ini dia kuasa Tuhan
Dari bulan dan juga bintang
Laut, bukit, sungai, di darat
Kerbau lembu kambing di padang
Semua yang Tuhan cipta
Dunia hanya pinjaman
Yang kekal adalah akhirat
Makhluk jadi hiasan
Dunia sebelum akhirat
Inilah kuasa Tuhan
Tiada siapa yang dapat menduga
Atas sifat di tubuh badan
Manusia tidaklah sama
Ada perempuan dan juga lelaki
Hodoh, cantik, tua dan muda
Sampai masa jiwa melayang
Jasad kaku tidak bermaya
Sedarilah wahai manusia
Kita hidup atas dunia
Tiada siapa yang akan kekal
Sampai masa dan juga ketika
Bertemulah dengan ajal
Ajal maut tidak mengira siapa
Miskin, kaya, kecil dan besar
Tempat akhir kita berjumpa
Tengah panas di padang mahsyar
Banyak benda ciptaan Tuhan
Manusia tidak boleh cipta
Telinga, mata, kaki dan tangan
Hidup, nyawa, mulut mengucap
Darah daging, nyawa di badan
Tulang, sendi, kulit dan urat
Sebijak mana akal fikiran
Tidak setanding dengan ciptaan Tuhan
Dunia hanya pinjaman
Insafilah wahai manusia
Kita mati sekali sahaja
Selagi nyawa masih ada
Segera cari amalan
Bila kita sudah mati
Maka tinggallah alam dunia
Di dunia kita persia-siakan
Akhirat bala menimpa
Kita hidup atas dunia
Tiada siapa yang akan kekal
Sampai masa dan juga ketika
Bertemulah dengan ajal
Ajal maut tidak mengira siapa
Miskin, kaya, kecil dan besar
Tempat akhir kita berjumpa
Tengah panas di padang mahsyar
Insafilah wahai manusia
No comments:
Post a Comment