Assalamualaikum wr. wbt...
Aidiladha menjelang tiba..Tahun ini merupakan tahun kedua aku tidak pulang menyambut Aidiladha di kampung. Kali pertama adalah pada tahun 2008 ketika masih belajar di UKM. Pada waktu itu aku mengikuti Asean University Games (AUG 2008). Pada kali ini pula kerana cuti kurang. Jadi simpan untuk tahun hadapan laaa...
Berbeza...memang berbeza sambutan Aidiladha di bandar tempatku sekarang dengan suasana Aidiladha di kampung halaman di Kelantan. Di sini, Aidiladha semacam tidak disambut oleh umat Islam di sini. Apakah mereka tidak mengetahui betapa besarnya erti Aidiladha ini??
Aku berharap agar setiap umat Islam di alam ini menghayati dan mengambil tahu mengenai kisah di sebalik sambutan Aidiladha, bukan hanya sekadar bila disebut Aidiladha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban rata-rata hanya melihat korban lembu, kambing, unta korban semata-mata. Bukan hanya fikirkan mengenai orang yang pergi menunaikan ibadat haji ketika itu sahaja..Sama-samalah kita mencari dan memahami erti sebenar sebuah pengorbanan......
*peringatan kepada diri sendiri....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha terutama kepada keluarga tercinta, sahabat handai, dan sesiapa yang mengenali diri ini..Hayatilah makna pengorbanan yang sebenar...
*peringatan kepada diri sendiri....
No comments:
Post a Comment