Sunday, April 10, 2011

Top-up @ Rokok??

Assalamualaikum wr. wbt...

Malam tadi, aku pergi ke sebuah kedai runcit berdekatan tempat tinggalku. Masuk sahaja ke dalam kedai tersebut aku menuju ke kaunter. Maka terdengar suara si penjual menyapa dari belakang. "Ya, top-up @ rokok?" Terkejut dan terkilan dengan pertanyaan tersebut, aku menjawab top-up..

Balik ke rumah, aku terfikirkan tentang apa yang baru sahaja aku alami sekejap tadi. Aku berfikir, muka aku ni macam perokok ker?? Bibir aku ni macam bibir perokok ker?? Kenapa pertanyaan itu diajukan kepadaku?? Jawapan yang aku temui hanyalah satu iaitu perokok semakin berleluasa dalam masyarakat kita ini.

Aku imbas kembali ketika masih di sekolah rendah aku tidak pernah melihat kawan2 menghisap rokok. Hatta di sekolah menengah pun tidak ramai kawan2 yang menghisap rokok. Namun sekarang pelajar sekolah rendah begitu bersahaja dengan benda terlarang itu..

Sebenarnya telah banyak pihak yang berbicara mengenai hukum menghisap rokok ini. Fatwa telah pun ada yang dibincangkan oleh majlis Fatwa Kebangsaan namun ianya TIDAK DIWARTAKAN. Apa sebabnya? Kalian fikir2kanlah sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan fatwa2, silalah rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/

Ok, aku pun nak masuk kelas ni..maa salamah :)

No comments:

Post a Comment