Friday, April 8, 2011

8 Pegawai Imigresen Selanngor didakwa

SHAH ALAM, 7 April: Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam hari ini telah membuat pertuduhan terhadap 8 pegawai Imigresen Selangor kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Md Shahrizal Che Dan, 26, dihadapkan ke mahkamah atas tiga puluh satu (31) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM51,760 di antara 20 April 2010 sehingga 16 Jun 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM280 hingga RM4,000 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Nor Shahazlina Sulaiman, 24, dihadapkan ke Mahkamah atas satu (1) pertuduhan kerana secara rasuah menerima suapan wang tunai yang berjumlah RM2,900 pada 29 August 2010 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh tersebut telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Muhammad Sinti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 9, Asmadi Husin.

Hakim telah menetapkan tarikh 5 Mei depan untuk sebutan dan menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi Md Shahrizal dan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi Nor Shahazlina.

Pertuduhan terhadap 4 pegawai Imigresen yang lain telah dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 8, Mat Ghani Abdullah.

Ahmad Zahed Abd. Alim, 26, dihadapkan ke mahkamah atas dua belas (12) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM13,590 di antara 26 Julai 2010 sehingga 28 Ogos 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM350 hingga RM1,970 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Azmir Mahadi, 26, dihadapkan ke mahkamah atas enam (6) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM5,710 di antara 15 Ogos 2010 sehingga 28 Ogos 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM500 hingga RM1,900 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Mohd Hafiz Zakaria, 27, dihadapkan ke mahkamah atas empat (4) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,640 di antara 25 September 2010 sehingga 30 September 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM700 hingga RM3,700 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, dihadapkan ke mahkamah atas tiga (3) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM7,350 pada 28 Ogos 2010 sehingga 28 September 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM700 hingga RM2,650 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pendakwaan terhadap keempat-empat tertuduh telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Ng Siew Wee daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim telah menetapkan esok, 8 April untuk sebutan dan menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi Ahmad Zahed dan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi Azmir Mahadi, Mohd Hafiz dan Mohd Khairul Haqimie.

Dua pertuduhan yang lain telah dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 10, M. Bakri Abd Majid.

Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25 tahun, dihadapkan ke mahkamah atas dua puluh lima (25) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM31,690 pada 21 April 2010 sehingga 17 Jun 2010.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh disyaki telah menerima wang tunai berjumlah antara RM50 hingga RM2,940 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Muhammad Huzzail Ahmad, 31, dihadapkan ke mahkamah atas satu (1) pertuduhan kerana secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM500 pada 25 September 2010 sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan para penumpang warganegara Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pendakwaan terhadap keempat-empat tertuduh telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwaan Azuan Adzhar dan Shukri Seman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim telah menetapkan tarikh 27 April ini untuk sebutan dan menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi Mohamad Izuwanshah dan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi Muhammad Huzzail.

Kesemua yang dituduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk melantik peguam.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh akan dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009 iaitu tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.


# Jauhi RASUAH yang membinasakan diri #

No comments:

Post a Comment