Wednesday, April 6, 2011

Guru Mengaji al-Quran

Bismillah walhamdulillah..

Pagi tadi ketika mendengar alunan al-Quran, tetiba aku teringat kepada guru2 yang pernah mengajar aku mengaji al-Quran. Ya, tanpa pengajar, siapalah aku. Tanpa mereka aku tidak akan mengenal huruf, tidak akan tahu mengeja dan tidak akan dapat membaca al-Quran sepertimana sekarang.

Guru pertama adalah di Taski al-Jalal yang dulunya Taski itu berada dalam kawasan Masjid Ismaili, Tumpat. Sekarang tempat tersebut telah dijadikan tempat meletak kenderaan. Aku telah lupa siapakan nama guru2 (ustazah2) yang mengajar di taski tersebut. Aku mohon maaf dari kalian.

Guru kedua adalah ayahandaku sendiri iaitu Supi bin Yusoff. Abah aku ini walaupun bukan dalam bidang agama, namun dari beliaulah aku belajar membaca al-Quran. Setiap malam memang kami adik-beradik wajib mengadap 'tok guru' ni untuk membaca al-Quran.

Guru ketiga adalah guru2 yang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat (1) (kini adalah Sek. Keb. Sri Tumpat 1).

Guru keempat adalah Mok Cik Nab. Beliau mengajar aku di rumahnya yang berdekatan dengan rumah nenekku di Kampung Dalam Rhu. Pengalaman nakal yang aku ingat kat sini adalah aku dengan adik aku pernah ponteng mengaji semata-mata untuk bermain guli. Akhirnya terkantoi dan kena marah oleh nenek..hehehe...Mok Cik Nab dan nenekku telah kembali ke rahmatullah.. al-fatihah buat mereka berdua.

Guru kelima ialah Pok Cik Mat. Aku mengaji dengan beliau ketika aku pergi ke rumah sepupuku di Istana Bukit Tanah. Biasanya pada setiap hari Sabtu aku akan mengaji dengan Pok Cik Mat. Beliau juga telah meninggal dunia akibat sakit tua beberapa tahun lepas...al-fatihah

Guru keenam adalah Mok Cik Som. Aku belajar mengaji dengan beliau dan sempat khatam beberapa kali. Pengalaman mengaji di rumah beliau adalah setiap kali pergi mengaji aku akan berhenti dahulu dekat kolam ikan di rumahnya kerana beliau ada memelihara ikan antaranya ikan guppy, ikan kap dan ikan koi...biasalah, orang minat ikan..he3...Beliau pon telah meninggal dunia..al-fatihah

Guru ketujuh adalah seorang anggota bomba. Beliau merupakan Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Namun aku lupa nama beliau. Melalui beliau aku belajar tarannum namun hanya sekejap kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Guru kelapan hingga seterusnya merangkumi sahabat2, guru2 di masjid, pensyarah2 di UKM, dan ramai lagi.

Sempat juga aku belajar tarannum dengan seorang insan namun jodoh tidak lama kerana sekarang aku tidak berpeluang belajar dengannya lagi..

Apa sebab aku bicarakan hal ini? Tidak lain adalah kerana aku ingin mengajak sahabat2 untuk sama2 mendalami ilmu al-Quran. Banyak manfaat yang kita akan dapat dengan mempelajari al-Quran sama ada dari segi tajwidnya, tarannumnya, terjemahan dan tafsirnya dan semua yang terkandung di dalamnya.

Semoga kita sama2 mempelajari ilmu yang begitu penting ini.. Insya Allah


*Peringatan untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment