Sunday, March 6, 2011

Kemalangan

Assalamualaikum wr. wbt...

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda serta kaum kerabat dan para syuhada pejuang Islam.

Sedikit perkongsian hari ini. 25 Febuari 2011(Jumaat), aku telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di LPD Puchong sekitar jam 9.15 pagi. Kemalangan yang tidak diduga itu telah menyebabkan 8 jahitan di bibir dan patah gigi depan.

Kata orang kenderaan tidak penting, apa yang penting diri selamat dalam kemalangan jalanraya. Ya, memang aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melihatkan keadaan kenderaan orang mengandaikan aku masuk ICU atau cedera parah. Gaji sebulan habis digunakan untuk membaiki motor.

Baiki motor : RM 1110
Saman : RM 300
Bil hospital : RM187

Jumlah ini melebihi gaji sebulan aku. Jadi terpaksalah menebalkan muka pinjam duit dari ayahanda di kampung untuk membayar sewa rumah dan makan minum sepanjang bulan Mac ini.

Tujuan aku menukilkan artikel ini adalah :

1 - Buat sahabat2 pandulah secara berhemah.

2 - Jangan lupa baca doa sebelum memulakan perjalanan. Sesungguhnya apa-apa pekerjaan mestilah dimulakan dengan bacaan doa atau lebih tepat dengan ungkapan Bismillah.

3 - Bagi insan yang bergelar pemandu, tidak kira motosikal, kereta atau apa jua kenderaan, silalah bagi signal dahulu sebelum memasuki lorong supaya apa yang aku alami tidak terkena pada orang yang tidak bersalah.


Kesal dengan sikap pemandu kereta yang tidak berhemah yang mengakibatkan aku terlibat dalam kemalangan ini, namun apabila muhasabah diri inilah yang aku dapat :

1 - Allah SWT ingin memberi pahala kepada hamba-Nya dengan kemalangan ini

2 - Allah SWT memberikan kifarat di atas kesilapan yang telah aku lakukan. Mungkin inilah kifarat yang aku terima setelah pelbagai kesilapan yang aku lakukan sama ada dalam sedar atau tidak

3 - Allah SWT ingin aku lebih mengingati-Nya



*BERHATI-HATI WALAU DI MANA ANDA BERADA

No comments:

Post a Comment