Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA ...
Wednesday, March 30, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Suara Seorang Ibu
Assalamualaikum wr. wbt..Salam perjuangan buat sahabat-sahabat. Ibu, seorang insan yang senantiasa mengambil berat mengenai anak-anaknya. Percaya atau tidak, suara ibu mempunyai satu kuasa yang luarbiasa kepada setiap anak-anaknya.Ini bukan kajian dari mana-mana pihak namun ianya adalah mengenai diri sendiri. Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah sama ada kita perasan atau tidak, memang suara seorang ibu mempunyai keistimewaan...
Guru Perlu Ubah Lanskap Politik
Oleh : Mohd Sabri SaidPERMATANG PAUH, 16 Mac: Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman. Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran...
Tuesday, March 15, 2011
TAHNIAH BUAT KALIAN
Assalamualaikum wr. wbt...Salam perjuangan buat sahabat-sahabat. Semester baru telah bermula semalam (14-03-2011) di kolej tempat aku bekerja. Masih ramai pelajar yang tidak hadir ke kelas walaupun kelas telah bermula. Ops, bukan agenda ini yang aku ingin bicarakan. Hanya sekadar ingin mengucapkan tahniah buat 2 orang yang penting selepas keluarga.Pertamanya aku ingin mengucapkan TAHNIAH buat Kak Nie (Nurzahani Omar) yang telah...
Thursday, March 10, 2011
Hukum Jual Beli Semasa Azan Jumaat
APABILA sesuatu itu diharamkan dalam Islam, ia juga akan menyebabkan pengharaman perkara-perkara yang boleh mendorong terjadinya perkara haram itu. Maka, Islam menutup pintu-pintu atau perkara yang boleh membawa kepada haram. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Al-Halal Wal Haram Fil Islam menegaskan perkara ini dengan mengemukakan kaedah yang dipersetujui oleh para ulama Fiqh iaitu: "Perkara yang boleh menyebabkan berlakunya...
Mesir: Kelantan belanja RM2 juta
Oleh : Salmah Mat HusainKOTA BHARU, 10 Mac: Kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM2 juta bagi menampung 939 orang pelajar di negeri ini yang akan meneruskan pengajian mereka di Mesir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata seramai 70 orang kumpulan pertama akan bertolak bagi meneruskan pengajian mereka bermula 13 Mac ini. “Ini kerana 60 orang daripada mereka...
PAS mahu guru sandaran lebih terjamin
Oleh : Hazayani ZakariaKUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mahu Kementerian Pelajaran serius dalam memastikan masa depan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) lebih terjamin. Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, meskipun guru-guru sandaran ini tidak menerima latihan secara formal dalam bidang pendidikan, namun mereka mempunyai...
Reka bentuk dalaman Istana Negara diubah?
Oleh : Nazri AbdullahKUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku perubahan pada rekabentuk dalaman Istana Negara yang baru di Jalan Duta.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa rekabentuk dalaman istana itu diubah dari konsep Raja-raja Melayu kepada konsep raja Eropah."Kenapa boleh berlaku perubahan? Ini satu penghinaan kepada Raja-raja Melayu."Dalam...
Anak muda bepotensi runtuh kerajaan
Oleh : Hazayani ZakariaKUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar tidak memperlekehkan suara dan pemikiran generasi muda kerana mereka mempunyai potensi untuk mempertahankan atau meruntuhkan sesebuah kerajaan. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, potensi generasi muda khususnya mahasiswa harus dibimbing sebaik mungkin, bukan mencipta undang-undang yang menjatuhkan martabat mereka sebagai mahasiswa....
PAS mahu tempoh berkempen 3 minggu

Oleh : Aziz MudaKUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS dengan tegas tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk mengenakan peraturan baru berkempen hanya selama 7 hari sahaja bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebaliknya, PAS mendesak agar tempoh kempen pilihan raya diadakan sehingga tiga minggu atau paling kurang...
Facebook palsu Muslimat PAS Kelantan
Oleh : Salmah Mat HusainKOTA BHARU, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka akaun facebook dengan menyamar sebagai milik dewan berkenaan. Setiausahanya, Zainiah Abdul Halim ketika memberitahu Harakahdaily berkata, individu atau pihak tersebut telah menyamar menggunakan nama "Muslimah Pas Negeri Kelantan". Katanya, bukan sahaja membuka facebook sebaliknya telah...
Wednesday, March 9, 2011
Meniti Mimpi
Meniti Mimpi Album : Cahya IlahiMunsyid : Hijjazhttp://liriknasyid.com Kau terdengar kicauan beburungYang menyanyi di dada pelangiKau menggapai awan dilangit memutihDirimu lebur dimamah mentariKau impikan harapan menggunung Di lorong hanyir kehidupanmuKau hirup sari madu bunga beracunMewarnai dunia misteri mimpimuKau calari setangkai hati ibunda Yang meniti di bilahan hari-hariKau hitamkan wajah ayahandaYang mengharapkan...
Tuesday, March 8, 2011
Apabila maut datang menjemput
Susunan ZULKIFLE BAKAR DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda. Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi. Setelah malaikat...
Zaid Ibn Thabit tokoh penulis al-Quran

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD Khalifah Uthman Ibn Affan adalah orang yang bertanggungjawab mengarahkan al-Quran ditulis dalam bentuk mushaf sebagaimana yang ada pada hari ini. - Gambar hiasan SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa Rasulullah...
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz mohon penjelasan Harussani

Oleh : Nazri AbdullahKUALA LUMPUR, 8 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran penyataan 'undi PAS masuk syurga' Surat itu dihantar pagi tadi oleh pejabat Nik Aziz kepada Harussani. Tulisan mufti itu disiarkan...
Perang persepsi menjelang PRU13
Oleh : Majdan DagangKeputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau yang memihak kepada Umno-BN jelas menunjukkan bahawa mood pengundi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 (PRU12) dulu tidak banyak berubah. Hal ini kerana sejak PRK pertama pada 16 Ogos 2008 di Permatang pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke PRK Kerdau yang dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad – menunjukkan kedua-dua pihak PR...
Media gambarkan PRK pertandingan satu penjuru
Oleh : Hafizi PauziPARIT BUNTAR, 8 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Beliau menambah, hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat kerana kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan sekian banyak pencabulan terhadap demokrasi...
Hari Wanita: Kembali kepada syariah Islam
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Umat Islam di negara ini perlu kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar. Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Maznah Daud membuat saranan itu sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia 2011, hari ini. Di samping itu, katanya perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah...
Subscribe to:
Posts (Atom)