1. Daging khinzir dan segala jenis dari bahagian tubuh badannya sama ada bulu, tulang, kulit dan sebagainya walaupun binatang itu telah disembelih secara syara' dan disamak kulitnya.
2. Darah manusia selain dari darah orang mati syahid selagi darah itu tidak mengalir keluar dari badannya dan darah binatang selain dari binatang laut. Darah yang mengalir keluar itu dikira bernajis sama ada semasa hidupnya ataupun sesudah matinya sekiranya darah itu mengalir keluar dengan banyak. Demikian juga tidak dihukum najis darah yang berada di dalam saraf binatang yang disembelih secara syara' yang mana darahnya tidak akan mengalir jika dipotong bahagian tersebut ataupun jika keluar darahnya amat sedikit seperti hati, limpa, jantung dan ikan.
3. Najis manusia, muntah dan air kencing kanak-kanak melainkan air kencing kanak-kanak yang menyusu. Imam Syafie berpendapat najis kanak-kanak yang menyusu ini dibersihkan hanya memadai dengan merenjiskan air padanya saja kemudian dilapkan.
4. Arak adalah najis menurut kesepakatan para fuqaha' yang berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. "Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan pada berhala dan menilik nasib dengan batang anak-anak panah adalah kotor (keji) dan ia adalah perbuatan syaitan."(Al-Maaidah 90)
5. Nanah adalah sejenis darah yang telah rosak dan ianya dikira najis kerana pada asalnya ia adalah darah yang telah berubah. Nanah dihukum najis jika kadarnya banyak dan dimaafkan jika kadarnya sedikit.
6. Air mazi adalah cecair berwarna putih yang keluar ketika memuncaknya nafsu seseorang ataupun ketika teringatkan kepada persetubuhan.
7. Daging bangkai binatang darat yang darahnya mengalir tidak kira sama ada binatang yang dagingnya harus dimakan ataupun tidak seperti anjing, kucing, burung, kambing, lembu, kerbau dan sebagainya.
8. Daging dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.
9. Bahagian anggota binatang yang terpisah ataupun terputus semasa ia masih hidup seperti ekor, sayap, tangan atau punggungnya kecuali bulu.
No comments:
Post a Comment