Thursday, February 14, 2013

Rindu

Assalamualaikum wr. wbt.  

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Cuti yang panjang. Sembilan hari cuti tanpa apa-apa program melainkan berada di rumah dan menyiapkan kerja yang sepatutnya. Perancangan hendak ke sekolah untuk menyiapkan beberapa perkara yang tertangguh juga terbantut kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.

Sedang asyik memikirkan keluarga di kampung dan juga persiapan perkahwinan adinda-adinda, aku teringat kepada kamera yang rosak dan belum dibaiki. Aduhai, tiga hari aku mencari di mana letaknya kamera tersebut, namun tidak juga dijumpai. Harap-harap ianya masih ada. Bimbang juga kalau terbuang dengan barang-barang yang tidak digunakan. 

Teringat kepada pelajar-pelajar Tahun Enam Aktif dan Enam Bestari 2012. Bagaimanakah keadaan mereka di sekolah menengah? Ada yang masih kudengar perkhabaran mereka dan ada yang terus hilang daripada maklumat pihak sekolah. Semoga kalian berada dalam keadaan baik dan sentiasa berjaya.





No comments:

Post a Comment