Friday, May 6, 2011

10 000 Pengguna Telah daftar e-harakah

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memaklumkan bahawa Harakah adalah akbar alternatif pertama mempunyai edisi digital atau epaper, ketika ditemui selepas Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat, baru-baru ini.

Harakah melancarkan epaper pada Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam pada Jun, 2009.

Dengan adanya eharakah ini, ianya banyak menyelesaikan masalah ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong DHPP untuk mendapatkan akhbar tersebut di pasaran yang terhad.

Sejak itu berbagai cadangan dan komen telah diberikan untuk mempertingkatkan lagi kualiti akhbar berkenaan.

Selepas setahun ianya beroperasi, Harakah sekali lagi berjaya membina kepakaran dalam pengurusan dan pembangunan akhbar digital dan beralih ke alamat baru di bawah jenama Harakah, iaitu http://epaper.harakah.net.my berbanding dengan sebelum ini menggunakan alamat pihak ketiga, iaitu Nurfairshop (http://epaper.nufairshop.com.my)

Pengurus Perniagaan & IT Harakah, Suhaimi Embong ketika dihubungi memberitahu lebih 10,000 pengguna telah berdaftar eharakah untuk melanggan akhbar digital tersebut sejak epaper Harakah dilancarkan.

Bagi meraikan sokongan pengguna dan pembaca Harakah sempena dengan penyambungan semula permit penerbitan Harakah oleh KDN baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa satu promosi baru e-harakah telah dipersetujui.

Secara ringkasnya, harga eharakah akan lebih murah sehingga hampir 40 peratus berbanding dengan akhbar cetak, harga langganan eharakah untuk sebulan sebanyak lapan edisi adalah RM15 sahaja berbanding dengan RM16 untuk akhbar cetak.

Manakala harga langganan eharakah untuk 3 bulan (26 edisi) adalah RM45 sahaja berbanding dengan RM52 untuk edisi cetak, 6 bulan (52 edisi) hanya dengan RM85 berbanding RM104 untuk edisi cetak dan 1 tahun (104 edisi) hanya RM150 bagi edisi cetak.

Di bawah promosi eharakah ini juga, kami menawarkan lebih diskaun untuk pelanggan setia yang menyambung langgananan mereka, yakni bagi sambungan langganan 3 bulan seterusnya hanya perlu bayar RM40 sahaja.

Begitu juga dengan penyambungan langganan 6 bulan kedua, pelanggan perlu bayar sebanyak RM70 sahaja. Manakala untuk tempoh setahun kedua, pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM130 sahaja.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila emel kepada epaper@harakah.net.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau telefon 03-40213425.

No comments:

Post a Comment