Thursday, February 12, 2015

Al-fatihah buat TGNA



Banjir Besar Di Negeri Kelantan Baru2 Ini Rupanya Petanda Besar Kesedihan....Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersikan Dirinya Bagi Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...Moga Tenang Roh Beliau Disana...

Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab kubur.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau guru kami kau murabbi kami



Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau guru kami kau murabbi kami


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau guru kami kau murabbi kami


Al-Fatihah

2 comments: