Thursday, March 13, 2014

Bacaan yaasin untuk penumpang MH370

Assalamualaikum wr. wbt..


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. 

Pagi Jumaat di sini dalam keadaan nyaman dengan hujan turun di awal pagi sehinggalah ke saat ini. Jam 7.00 pagi tadi, seperti biasa rutin murid-murid tahun enam SK GAS adalah membaca surah Yaasin di surau bersama dengan guru-guru. 

Pada pagi ini, bacaan Yaasin dan tahlil diketuai oleh Ustaz Md. Nasir Hassan merangkap 'orang lama' di SK GAS ini. Bacaan Yaasin dan tahlil ini disertai oleh semua murid tahun enam bersama dengan beberapa orang guru yang tiada kelas pada waktu tersebut. Bacaan Yaasin pada kali ini juga ditujukan kepada para penumpang pesawat MH370 yang masih lagi hilang semenjak pagi Sabtu 9 Mac yang lalu.

Semoga ada perkembangan dan perkhabaran berkenaan dengan pesawat berkenaan. Sama-sama kita doakan agar pesawat tersebut dijumpai.



No comments:

Post a Comment