Wednesday, April 18, 2012

PRU-13.....9 JUN 2012

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat dan kaum kerabat Baginda yang memungkinkan Islam sampai kepada kita sehingga ke hari ini.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar....

Sejak dua minggu yang lalu, bendera roket telah memenuhi kawasan sekitar Sandakan. Pilihanraya semakin dekat. Menurut sumber, kita rakyat Malaysia yang LAYAK untuk mengundi dikhabarkan akan mengundi padaa 9 JUN 2012 iaitu pada HARI SABTU.

Tiada apa yang mahu aku kongsikan pada kali ini. Aku berharap agar pillihanraya yang bakal dijalankan pada tarikh tersebut, akan berlangsung dengan baik dan penuh berhemah. Sesungguhnya pilihanraya yang BERSIH dan ADIL akan memastikan negara kita berada dalam keadaan aman damai..insya Allah

Berada jauh di perantauan ini, aku berfikir beberapa kali untuk pulang mengundi. Mengikut tarikh yang telah diberikan, jadual kuliah yang akan aku jalani di maktab bermula pada 26 Mei 2012 sehingga 5 Jun 2012. Aku berharap agar tiada perubahan jadual yang akan berlaku bagi memungkinkan aku untuk pulang mengundi pada tarikh berkenaan..insya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku, lancarkanlah perancangan yang telah aku rancangkan ini. Semoga apa yang baik itu akan beroleh kemenangan di dunia dan akhirat....

No comments:

Post a Comment