Monday, April 16, 2012

Ikatan Persahabatan

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda serta kaum kerabat Baginda yang memungkinkan Islam nan indah ini sampai kepada kita pada hari ini..

Tempat baru...masih baru lagi ke jika sudah dua bulan di bumi Sabah ini...alhamdulillah segala tekanan yang dirasai sedikit demi sedikit hilang. Perkongsian kali ini adalah berkisar kepada ikatan persahabatan yang kekal murni dan ukhwah yang telus suci.

Teringat aku sekitar Oktober 2011 yang lalu ketika mana aku sedang berhubung dengan seorang sahabat yang nun jauh di Sabah (ketika itu aku berada di Kuala Lumpur). Pada ketika itu, beliau bertanya aku, dan inilah antara bait perbualan kami yang diterjemahkan dalam bahasa standard (kalu klate kea tok pehe plok ore laen..hu3)


Sahabat : Salam, tengah buat apa sekarang? Masih kerja di tempat lama ke?
Aku : W`salam...erm, masih di tempat kerja lama...rezeki masih di sini..
Sahabat : Ana nak minta alamat rumah enta, nk hantar kad kenduri (kad madoh)
Aku : Haa....dalam diam yea, tahniah2.he3...dengan orang mana?
Sahabat : Bachok juga..
Aku : Ni alamatnya ...............................................Tumpat, Klate
Sahabat : Tak minta j-QAF ke? Sekarang ada permohonan baru kan?
Aku : Sudah apply tapi tidak tahulah macam mana rezeki ada atau tidak pada kali ini
Sahabat : Insya Allah adalah rezeki tu. Jangan nanti kalau dapat j-QAF dan dihantar ke Sabah
atau Sarawak enta merugut pula
Aku : Insya Allah tidak akan merungut sebab Sabah adalah tempat impian. Seingat ana
sewaktu apply universiti pun apply Sabah tapi rezeki di UKM masa tu..hehehe
Sahabat : Eloklah kalau macam tu. ana doakan enta dapat j-QAF ambilan kali ini...

Setelah sebulan berlalu, detik yang dinanti oleh sahabat aku semakin tiba. Sahabat aku ini pulang dari Lahad Datu, Sabah ke Kelantan untuk berkahwin. Namun berita yang amat memeranjatkan aku serta sahabat-sahabat yang lain adalah beliau disahkan menghidap kanser paru-paru Tahap 3. Majlis akad nikah yang dirancang tetap diteruskan pada 5 Disember 2011 dan majlis kenduri keesokan harinya. Setelah itu beliau dimasukkan semula ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah berjuang selama beberapa bulan, akhirnya beliau telah kembali ke rahmatullah pada 12-04-2012 yang lepas setelah kuman meresap ke seluruh tubuhnya.

Kenangan bersama ketika dalam PERDANA UKM dan anok-beghanok tetap aku ingati. Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah, takdir Allah s.w.t. adalah betul. Sahabatku telah pergi buat selamanya, aku pula ditugaskan di bumi Sabah bagi menggantikan tugas dakwah yang dijalankan oleh arwah. Walaupun berbeza tempat namun aku berada di sini, tetap aku rasakan tugas dakwah arwah akan aku teruskan. Melihat kepada keadaan murid-murid di sekolah tempat aku mengajar dan mendengar luahan sahabat-sahabat seangkatan dalam bidang ini di Sabah dan Sarawak menguatkan lagi azam dan matlamat aku untuk berbakti di bumi Sabah ini.

Memang aku tiada niat untuk menetap lama di Sabah, namun sepanjang mana jodoh aku dengan bumi Sabah ini aku redhai demi menjayakan tugas dakwah Islam yang sebenar.

Selamat berjuang sahabatku...semoga Allah berkatimu....kenangan indah bersamamu..takkan kubiar ia berlalu....berjuanglah hingga ke akhirnya....Aku rindu pada kenangan bersama sahabatku arwah Ustaz Mohd Faisal Mohd Mokhtar...

*Al-Fatihah buat arwah


No comments:

Post a Comment