Tuesday, April 25, 2017

PERTABALAN YDPA KE-15

Assalamualaikum wr. wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat serta keluarga Baginda.

24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H telah berlangsungnya pertabalan YDPA ke-15

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar




Semoga dengan pertabalan kali ini membawa perubahan di negara kita Malaysia tercinta baik dari segi Agama, Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Pentadbiran dan segala yang berkaitan dengannya.


Baca selanjutnya...

Monday, April 3, 2017

Awal Itu Lebih Baik

Assalamualaikum wr. wbt...

Solat tiang agama.

Solatlah kita sebelum kita disolatkan.

Pendidikan dan pendedahan tentang solat perlulah bermula di awal usia kanak-kanak supaya mereka biasa dengan solat.

Sebelum solat perlulah berwuduk. Murid-murid SK Ulu Merapok, Lawas, Sarawak mempelajari cara berwuduk dengan betul di surau sekolah.

Semoga murid-murid SK Ulu Merapok berjaya dunia dan akhirat...


 
 
Baca selanjutnya...

Monday, March 13, 2017

Merantau...


 Assalamualaikum wr. wbt...

Merantau....

Masih lagi diri ini merantau
Mencari rezeki untuk keluarga 
Menerokai tempat orang 

Merantau....
Bermula di Sandakan Sabah
Kini di Lawas Sarawak
Hampir enam tahun di Borneo
Terasa panjangnya masa

Merantau....
Ada masa gumbira ada jua duka
Jauh dari ibubapa dan keluarga 

Merantau...
Ingin kukembali ke tanah itu 
Tempat ku dilahirkan
Entah bila kunjung tiba

Merantau...
Adat perantau ingin pulang
Pulang kekal di kampung halaman
Moga tercapai hasrat dikalbu










Baca selanjutnya...

Monday, March 6, 2017

Kembali...

Assalamualaikum wr. wbt....

Lama tidak menjenguk blog ini. Blog yang memberi ilham kepadaku dalam pelbagai perkara. Insya Allah aku akan meneruskan kembali coretan di blog ini.

Perantau Sarawak...


Baca selanjutnya...