Tuesday, May 13, 2014

Aktiviti Murid Sempena Hari Guru

Assalamualaikum wr. wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan  tarikh keramat bagi individu yang bergelar pendidik iaitu guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan macam-macam istilah seperti itu. Hari ini aktiviti murid-murid kelas aku berkisar kepada membuat kad ucapan hari guru. 

Aktiviti ini dilakukan oleh murid tahun Enam Bestari seramai 13 orang bertempat di bilik j-QAF.

Semoga murid-murid ini mengingati segala jasa dan pengorbanan yaang diberikan oleh setiap insan yang bergelar guru.



























Baca selanjutnya...

Sunday, May 4, 2014

Santai bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan Izzat

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Program Santai Bersama Pencetus Ummah Rahmat dan Izzat telah diadakan di Pasar Minggu Bandar Sandakan pada hari Ahad bertarikh 5 Mei 2014. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Dakwah Sandakan. Kehadiran dua daie ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. 

Jelas dapat dilihat, warga Sandakan khususnya amat dahagakan ilmu agama. Kehadiran PU Rahmat dan Izzat yang mempunyai perwatakan pandai berkomunikasi dengan pengunjung yang hadir menyebabkan suasana di tempat program berkenaan kelihatan sangat meriah.

Pada program ini juga, turut diselitkan dengan perkongsian resepi masakan oleh seorang chef daripada Harbal Mall, Sandakan. Semoga program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap. Tahniah dan syabas buat PU Rahmat dan Izzat kerana mesra yang teramat dengan warga Sandakan. Semoga perjalanan dakwah kalian dipermudahkan oleh Allah s.w.t...















Baca selanjutnya...

Sunday, April 27, 2014

MTQ Peringkat Negeri Sabah 2014

Assalamualaikum wr. wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid peringkat negeri Sabah telah melabuhkan tirainya. SMK Kuhara, Tawau telah menjadi tempat pilihan untuk pertandingan peringkat negeri Sabah pada tahun ini. Pertandingan yang dijalankan pada 26 April 2014 itu telah mengumpulkan semua peserta dari seluruh Sabah.

Terdapat enam zon di negeri Sabah yang merangkumi Zon Utara, Zon Timur, Zon Barat, Zon Selatan, Zon Tenggara dan Zon Pedalaman. Sandakan, Kinabatangan, Telupid dan Beluran di dalam zon Timur.

Wakil daripada Sandakan yang meyertai pertandingan MTQ di peringkat negeri pada kali ini adalah sembilan peserta yang mewakili acara berikut :

1-Hafazan kategori Lelaki (sekolah rendah)
2-Hafazan kategori Perempuan (sekolah rendah)
3-Tilawah kategori Lelaki (sekolah rendah)
4-Bercerita kategori Lelaki (sekolah rendah)
5-Bercerita kategori Perempuan (sekolah rendah)
6-Hafazan kategori Lelaki (sekolah menengah)
7-Hafazan kategori Perempuan (sekolah menengah)
8-Tilawah kategori Perempuan (sekolah menengah)
9-Syarahan kategori Perempuan (sekolah menengah)

Setelah keputusan diumumkan oleh ketua hakim, tiga peserta wakil dari Sandakan mendapat johan dan akan mewakili negeri Sabah untuk pertandingan MTQ peringkat kebangsaan di Selangor yang dijangka berlangsung pada 22 Mei 2014 nanti. Keputusan untuk peserta-peserta dari Sandakan adalah seperti berikut :

1- Johan Hafazan Lelaki (sekolah rendah) - Muhammad Al-Fateh (SK Batu Putih Baru, Sandakan)
2- Johan Hafazan Perempuan (sekolah rendah) - Khoiratun Hisan (SK Batu Putih Baru, Sandakan)
3- Johan Tilawah Lelaki (sekolah rendah) - Ahmad Asyraf Na`im (SK Bandar, Sandakan)
4- Ketiga Tilawah Perempuan (sekolah menengah) - NUr Athirah Fatin (SMKA Tun Juhar)


 Fathiah Nurul Syafiqah, murid dari SK Sibugal Besar merupakan 
peserta bercerita kisah dari al-quran kategori sekolah rendah

 Menunggu masa untuk pertandingan..

 Hakim pertandingan bercerita









 Penyampaian cenderahati kepada para hakim




 Fathiah dan Khoiratun Hisan(hafazan sekolah rendah)


 Tempat pertandingan....

 




 Johan Hafazan sekolah rendah (perempuan)...Khoiratun Hisan dari SK Batu Putih Baru, Sandakan

 Johan Hafazan sekolah rendah (lelaki)..Muhammad Al-Fateh dari SK Batu Putih Baru, Sandakan

 Dua beradik..kedua-duanya dapat Johan dalam acara yang diambil..


 Bergambar sebagai kenang-kenangan di tempat penginapan...SK Kukusan

 Masuk Pasar Tanjung untuk membeli belah sebelum bertolak pulang ke Sandakan..





 Selesai memborong di Pasar Tanjung..hati gumbira..hehe


 Fatimah Az-Zahra peserta hafazan perempuan (sekolah menengah) 
dari SMK Agama Tun Juhar, Sandakan
 Peserta hafazan lelaki (sekolah menengah)...Muhammad Adzim dari SMK Gumgum, Sandakan

 Makan tengahari di Lahad Datu..nasi beriani kambing jadi pilihan Fatimah Az-Zahra, Naskinah dan Nur Athirah Fatin...ketiga-tiga mereka dari SMKA Tun Juhar, Sandakan


Baca selanjutnya...