Sunday, May 4, 2014

Santai bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan Izzat

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Program Santai Bersama Pencetus Ummah Rahmat dan Izzat telah diadakan di Pasar Minggu Bandar Sandakan pada hari Ahad bertarikh 5 Mei 2014. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Dakwah Sandakan. Kehadiran dua daie ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. 

Jelas dapat dilihat, warga Sandakan khususnya amat dahagakan ilmu agama. Kehadiran PU Rahmat dan Izzat yang mempunyai perwatakan pandai berkomunikasi dengan pengunjung yang hadir menyebabkan suasana di tempat program berkenaan kelihatan sangat meriah.

Pada program ini juga, turut diselitkan dengan perkongsian resepi masakan oleh seorang chef daripada Harbal Mall, Sandakan. Semoga program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap. Tahniah dan syabas buat PU Rahmat dan Izzat kerana mesra yang teramat dengan warga Sandakan. Semoga perjalanan dakwah kalian dipermudahkan oleh Allah s.w.t...















No comments:

Post a Comment