Assalamualaikum wr. wbt..
Sahabat...pada saat dan ketika entri ini ditulis, sebak di dada masih terasa, tangisan juga mengalir lagi. Seorang sahabat yang berperwatakan pendiam, seorang ustaz di SMK DESA KENCANA, LAHAD DATU, SABAH telah pergi meninggalkan aku. Pergi buat selama-lamanya.
Walaupun beliau kurang dikenali di kalangan rakan-rakan seukhwah kami, namun beliau seorang yang begitu mengambil berat akan anok beghanok kami. Sungguh mulia hatinya. Setiap program akan disertainya. Wajahnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir masih dapat aku bayangkan di saat ini.
Kali terakhir aku bersua dengannya pada Jun 2011 di Masjid Muhammadi Kota Bharu sewaktu perjumpaan kami anok beghanok. Kekangan masa dan berada jauh antara kami menyebabkan aku lama tidak berjumpa dengannya.
Ketika beliau di Sabah, aku berada di Semenanjung. Kini beliau pergi buat selamanya. Telah ditakdirkan aku kini berada di bumi Sabah yang mana jarak antara tempatku dengan tempat beliau pernah menabur bakti adalah dua jam setengah. Kuharap agar dapat aku teruskan dakwah beliau di bumi Sabah ini..
Al-fatihah buat sahabatku Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Mokhtar yang telah kembali ke rahmatulllah sekitar jam 12.20 tengahari 12 APRIL 2012 akibat KANSER PARU-PARU. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para syuhada, para mujahidin dan para solihin...
Sahabatku Mohd Faisal bin Mohd Mokhtar,
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana taqdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati...
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan hati,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati....
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Allah lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa...
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambaMu,
Sahabatku, akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau kutahu kau tiada di sisi...
Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad, hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami...
Moga amanlah dan bahagia dikau disana,
Setangkai doa jua Fatihah terus kukirimkan,
Moga di sana kau bersama para soleheen,
Kau sahabafku kau teman sejati........
Al Fatihah sahabatku Mohd Faisal bin Mohd Mokhtar.......
12 April 2012
No comments:
Post a Comment