Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah....2 Bulan Sudaaa...


Assalamualaikum wr. wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda yang telah memungkinkan kita bergelar seorang mukmin dengan penyebaran yang dilakukan oleh Baginda serta para sabaha2-sahabat..

Lama sudah tidak update blog ini. Negeri Sabah aku jejaki. Kini di Sandakan tempat aku tempuhi waktu-waktu seharian. Rinduku pada ayah bonda, rindu juga pada kampung halaman, rindu pada makanan Klate. Tapi tugas mendidik murid-murid di SK Sibugal Besar perlu diteruskan kerana ia merupakan titik permulaan membina insan-insan yang bertaqwa kepada-Nya...insya Allah

Sedikit gambar aku masukkan di sini sebagai santapan...



SK SIBUGAL BESAR....

Ujian Bulan Mac di kelas 6 Aktif..Murid yang bersongkok adalah Fauzan (murid pertama yang aku kenali ketika masuk di sekolah ini..he3)

Bilik j-QAF.....tempat pertapaan aku setiap hari (",)

Bilik j-QAF dari sudut luar...sebelum dijadikan bilik j-QAF, ia merupakan kelas prasekolah

Murid tahun 1 Aktif, Atikah ketika sedang menikmati makanan RMT ketika rehat...(mood rindu kat adik bongsu nama Atikah..he3)

Di padang sekolah...Bangau oh bangau..kenapa kau lari dariku...hu3

1 comment: