Saturday, March 2, 2013

Ingatkah Kita??

Hari ini, pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada The Grand National Assembly, Parlimen kepada Republik Turki yang dibentuk.

Pengisytiharan itu menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, selepas status kepimpinan umat itu berterusan bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq rahiyallahu 'anhu pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam yang wafat pada hari yang sama.

Institusi Khalifah berterusan di era al-Khulafa al-Rashidun, disusuli oleh Bani Umayyah di Syam dan Andalus, Abbasiyyah hingga ke tahun 1258 apabila Baghdad jatuh dalam serangan Moghul. Biar pun ia semakin berubah kepada simbol dan konsep, gelaran Khalifah terus hidup di era Mamluki, Fatimiyyah, malah di Sokoto, Afrika, dan seterusnya Osmanlı.

Demikianlah perjalanan umat yang panjang.

3 Mac 1924 dikenang sebagai salah satu titik terendah dalam jatuh dan bangunnya umat Islam sepanjang zaman.

Berjuanglah kita di medan masing-masing ke arah memenangkan Islam. Bagaimanakah rupa bentuk kemenangan itu nanti? Kembalikah institusi Khilafah seperti sebelumnya? Janganlah kita bertelagah pada menjawab sesuatu yang di luar masa.

Berjuang.

Menangkan Islam.

Rahmatan lil 'Aalameen
by: Hasrizal Abdul Jamil

No comments:

Post a Comment