Wednesday, March 20, 2013

Cuti Sekolah...

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Cuti sekolah bakal tiba. Tinggal dua hari saja lagi. Baru sekejap tadi aku berada di lapangan terbang...menghantar rakan serumah pulang ke semenanjung..lebih tepat akan pulang ke Kedah. Pulang dengan keceriaan. Pulang untuk bertunang dengan pilihan keluarga. Tahniah buat sahabat.

Cuti kali ini aku sudah tidak pulang ke kampung. Bercuti sahaja di sini. Ingin juga meneroka tempat yang baru aku jejaki selama setahun lebih ini. 

Dua minggu lepas aku telah pulang. Pulang berjumpa saudara mara. Bak kata ore klate, "kelik jupo worih waroh". Pulang kerana majlis kesyukuran perkahwinan adinda pada 9 Mac 2013. Walaupun hanya pulang dua hari, sudah cukup mengembirakan hati ini. Dapat berjumpa ayahanda dan bonda. Dapat bersua dengan saudara-mara. Berjumpa dengan adik-beradik. Tahniah aku ucapkan buat adinda, Muhammad Nasrun dan pasangannya Zahrah. Bertemu jodoh dengan orang Perak. Gembira saja Tok Wan aku pada hari itu. Dapat bercakap dengan fasihnya loghat Perak. Sudah lama tidak mendengar Tok Wan bercakap longat negeri asalnya. Al-maklumlah beliau orang Teluk Intan, berkahwin dengan orang Kelantan (arwah nenekku), menetap di Kelantan sampai sekarang..hehe



Dua hari lepas, 18 Mac 2013, bersempena juga dengan hari lahir adindaku Nasrun..juga merupakan hari yang dinanti oleh adinda bongsu. Keputusan peperiksaan STPM diumumkan pada hari tersebut. Tahniah buat adinda bongsu. Semoga tahun ini dapat menjejakkan kaki ke universiti...

Rumpai laut...Sabah terkenal dengan rumpai laut. banyak khasiatnya. Namun aku masih belum mencubanya. Hanya membawa pulang 5KG dan diagihkan kepada sanak saudara dua minggu lepas. Mahu cuba kerana banyak khasiatnya.. Madu tualang juga jika kena tempatnya, dapat makan yang original tanpa campuran. Alhamdulillah rezeki aku berada di sini.



No comments:

Post a Comment