Assalamualaikum wr. wbt..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda dan para syuhada yang menegakkan syiar Islam...
Alhamdulillah, cuti sekolah pada kali ini aku bercuti dengan berjayanya..Hehe...berjaya sebab dapat cuti lama. Seingat aku, sejak aku habis belajar pada Jun 2009, inilah kali pertama aku dapat bercuti panjang di kampung halaman.
Tahun baru Masihi...2013 telah pun tiba. Umur manusia semakin meningkat. Bagaimana pula dengan amalan dunia akhirat? Itulah yang menjadi persoalan dan tanda tanya dalam diriku ini. Walaupun kini aku masih berada di kampung halaman ditemani hujan yang tidak berhenti untuk hari kedua ini, aku berkira-kira untuk melakukan beberapa perkara yang dikira penting.
Kahwin? Balik kampung kalik ini memang ramai saudara mara dan sahabat bertanya bila mahu kahwin. Tapi masih tiada jawapan. Biarlah adik-adik dan kak long yang selesaikan dahulu tahun ini.Rasanya tanggungjawab aku masih banyak belum selesai..
Berada di Borneo ini membuatkan tugas sebagai pendakwah semakin banyak. Memetik kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan, beliau berkata "Hok mana berada di Saboh dan Serawok, hok mano ustaz kena jadi cikgu, cikgu kena jadi ustaz". Ianya merujuk kepada tugas dakwah yang perlu dipikul oleh setiap orang bukan hanya tugasnya mendidik pelajar dalam bidang yang dikhususkan sahaja tetapi juga mencakupi semua aspek. Insya Allah aku akan cuba menjadi yang seperti itu..
21.01.2013 bermula praktikum selama empat bulan yang akan berakhir pada 19.04.2013. Masih banyak persiapan yang belum selesai dalam menempuhi tarikh tersebut. Ramai di kalangan sahabat yang mengeluh kerana diberi masa yang terlalu banyak untuk praktikum ini. Aku tidak menyalahkan sahabat-sahabat kerana ada sesetengah sekolah, pihak pentadbir sekolah yang masih tidak faham dan ada yang mengabaikan tentang perkara ini walaupun program j-QAF telah berjalan sejak tahun 2004 lagi. Pada asalnya aku juga diberi masa yang agak berat untuk ditempuhi bersama praktikum. Alhamdulillah, selepas berbincang semula dengan pihak pentadbir dan dibantu dengan senior-senior j-QAF di sekolah, masa mengajar untuk tahun 2013 bagi semester pertama ialah 15 waktu sahaja.
Hujan rahmat jika dimanfaat
Bawa bencana jika terleka
Sama-sama kita memohon syafaat
Daripada Rasulullah tercinta
Ikan haruan enak rasanya
Ikan keli sedap dimakan
Tahun baru menjelang tiba
Marilah kita menambah amalan
Murid-murid bergelak ketawa
Bersuka ria bersama teman
Sekolah kembali dibuka semula
Usaha kecemerlangan mesti diteruskan
Buah nangka tidak kurasa
Cempedak juga belum dijamah
Teruskan dakwah setiap masa
Sentiasa berada dalam jemaah
No comments:
Post a Comment